Thursday, August 26, 2010

award dari shimaaa..

Salam...

semalam dan hari ni shima remind pasal Award ni.. hahaha.. ok la shima, akak lunaskan kat sini, ok..


1) Nyatakan 7 makanan/minuman kegemaran anda sewaktu berbuke puasa/sahur..
J: kalu ikutkan sebelum ni memang makan pe saja.. sebab pregnant kan baby baru ni.. selera pon ade tukar sikit la.. haha
  1. air suam.. freeeee
  2. tepung pelita mak lang dilah.. tak tau sape punya kuih.. RM 1/3 pcs
  3. nasi kerabu.. itu 2 minggu lepas.. sekarang tidakkk !!!
  4. cucur udang abang bulat
  5. murtabak pak ku RM1.50/pcs
  6. laksa kak izah RM 2.00/bungkus
  7. vitamin pramilet - huhu.. sebab peknen.. kena makan..

2) Berikan kepada 5 orang @ lebih kepada rakan blogger anda.
  1. ct@ibu zafran
  2. atul@mummy danish
  3. ayu@ibu OR & OZ
  4. ain@ibu ameer & adam
  5. tak de idea...
kepada nama2 tersenarai di atas.. sila amik award anda yer

Sunday, August 22, 2010

Fake Green Peas

Green peas are green rounded pea seeds that are sweet and
starchy in taste. Green peas contains twice the protein of most
vegetable, so they are a healthier substitute for meat. Three
quarters cup of peas provides 6 grams of protein, plus thiamine,
riboflavin, niacin, calcium, iron, phosphorus, potassium and 645
units of vitamin A.



Unfortunately most of food industries in
developing nations cheating the customers with
fake greens peas which are prepared from toxic
chemicals (dyes). These industries preparing the
green peas form brown peas (cheaper) by soaking
them in dye solution for overnight.



All these chemicals have been banned by US food and
drug administration in 1974 itself.
Frequent consumption of fake green peas leads to
colon and bladder cancer.

All these fake green peas banned in US, Canada, all
European countries and other developed countries.

Identification of fake green peas:

1. Put the peas in boil water for 30 seconds, water turns to green color.

2. After consumption check your tongue to observe green color stains and light bitter in taste.

Symptoms

1. Stomach irritation, pain or acidity.

2. Urine turns to light green color.

3. Mild head ache.

Case study:

I am a common person too and not aware of these things.
After consumption of fake green peas I got stomach pain,
with a little bit common sense I observed my tongue which
having green stains.
The following packet bought from Tesco, penang on 4th July 2010.






As a responsible chemist I started analysis of above mentioned peas
in laboratory I find the toxic chemicals (green dyes).


News paper reference:
China daily

D. Bharath Reddy
Research scholar
Centre for drug research
USM, Pulau Penang
Malaysia 11800.
Make aware of this whoever you know.........
please forward, it costs nothing.

Awas Jualan Murah



Perbandingan harga yang agak 'melampau' sebelum dan selepas jualan promosi. Perhatikan tarikh yang tertera pada kedua-dua label.

MUKADIMAH:
JUALAN murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan.

Persoalannya adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut oleh umat Islam di seluruh negara kurang tiga minggu lagi. Ikuti laporan khas wartawan Mingguan mStar mengenai penipuan jualan murah yang diibaratkan sebagai ‘duri dalam daging’ terhadap masyarakat di negara ini.


PETALING JAYA:
Sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.

Ironinya, tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Ogos 2009 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 - yang kononnya harga asal - tertera tarikh 22 Julai 2010.

Kesimpulan mudahnya ialah, pengguna ditipu oleh pihak penjual yang tidak bertangggungjawab kononnya mereka menerima harga diskaun yang sangat menarik sedangkan pembeli membayar harga asal produk yang dijual itu.

Itu baru satu contoh barangan, sedangkan terdapat ribuan produk yang dijual di situ dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya. Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan.

Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannnya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.

Merasakan dirinya tertipu dengan potongan harga yang disifatkan tidak masuk akal, seorang pengguna prihatin, Khairul Nizam Abd Maulud, 34, tampil mendedahkan perkara tersebut kepada Mingguan Mstar baru-baru ini.

“Saya sangat kecewa dengan penipuan yang berlaku. Selalunya saya akan semak tanda harga sebelum diskaun. Tapi pada hari kejadian isteri saya terlepas pandang kerana dia pergi seorang diri. Lebih malang, tanda harga sebelum diskaun tertera tarikh Julai 2010 sedangkan harga ketika promosi pula memaparkan tarikh Ogos 2009.


“Di sini jelas menunjukkan penipuan tanda harga oleh peniaga, harga promosi yang diletakkan pada barangan itu adalah harga asal produk berkenaan. Nampak sangat peniaga sengaja mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah,” katanya.


Beliau yang juga pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berkata, di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan.

“Membaca label dan tag harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tag harga pada produk perlu dikikis, kita perlu jadi pengguna yang berhemah, biar kita jadi pengguna yang ‘alah membeli menang memakai’.


“Ini tidak pantang ternampak iklan jualan murah kita pasti akan ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah. Kita harus membuang sikap sedemikian, sebaliknya kita perlu membeli barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja, barulah kita boleh menjadi pengguna yang berhemah,” katanya.


Khairul Nizam berkata, penipuan tanda harga ketika jualan murah banyak berlaku di pusat beli-belah terkemuka di negara ini saban setahun.

Friday, August 20, 2010

POLCA DOT SHAWLS CONTEST!!!

POLCA DOT SHAWLS CONTEST!!!

POLCA DOT SHAWLS CONTEST!!!

umy ade terbaca contest polca dot shawls ni.. so, umy tingin la nak join.. kebetulan umy baru je beli shawls polca dot orange+yellow ni.. hehe.. pic ni umy pertaruhkan.. ekeke



umy suka pakai shawls sebab senang nak uruskan.. kadang2 tak gosok pon takpe.. sebenarnya dah beberapa bulan umy ubah imej dengan memakai shawls ni.. babah cakap, bila umy pakai shawls, umy nampak cute sangat dan nampak muda.. hahaha.. so, sekarang ni kalau umy nak pakai tudung bawal or tudung2 fesyen lain, memang rasa pelik sangat.. rasa janggal.. hehehe.. sekarang ni, umy da ade koleksi shawls hampir 20 helai.. hehe

ok sekarang umy nak tag:
hani@mami nawfal
shima@ibu licha
ct@ibu zafran

Thursday, August 19, 2010

Senyuman Manis Si Comel GiveAway

Senyuman Manis Si Comel GiveAway

"Sticky Mode" sehingga 31hb Ogos.
Sila scroll kebawah utk melihat koleksi menarik yg dijual disini


Umy juga ingin mencuba nasib.. hehe.. gambar dhia dipertaruhkan..

Gambar ni sewaktu dhia berumur 10 bulan.. Happy sebab dapat holiday ke Pulau Redang..

Nama Penuh Si comel: DHIA KHADIJAH SUFIYYAH BT AHMAD HADILLA
Umur Sicomel: 1 TAHUN 4 BULAN
Status Sicomel (Anak Sendiri/Anak Saudara/Anak kawan/Anak Jiran) : ANAK SENDIRI
Nama Pengirim: NADZATUL NATTASSHA MUSTAPA KAMAL

Sunday, August 15, 2010

moment with newborn baby contest

moment with newborn baby contest

**STICKY MODE UNTIL 31/08/2010 @ 0000hrs **
scroll down for latest entry

  1. jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda - DONE
  2. jadi follower http://nayville.blogspot.com - DONE
  3. letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest - DONE
  4. letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda - DONE
  5. hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. - DONE
  6. jika bukan anak anda, anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan.
  7. gambar 'newborn baby' mesti lah berusia kurang dari seminggu.
  8. masukkan nama bayi, tarikh lahir, berat semasa dilahirkan, berapa jam / hari selepas dilahirkan semasa gambar diambil, nama ibu dan email anda. ceritakan detik ketika gambar itu diambil. - DONE
  9. tinggalkan link penyertaan anda pada komen entry ini.
  10. kualiti gambar tidak diambil kira sebalik nya 'moment' pada gambar yang akan dinilai.
  11. pemenang akan dipilih oleh juri yang dilantik dikalangan jurugambar.
  12. sebanyak 3 pemenang akan dipilih. hadiah saguhati akan ditentukan bergantung kepada jumlah penyertaan.
  13. tarikh tutup penyertaan adalah pada tepat jam 12 tgh malam 31 Ogos 2010 -
    DONE
  14. hadiah menarik menanti pemenang :
grand prize : sepasang baju raya casual jenama PONEY beserta duit raya sebanyak RM50
1st runner up : sepasang baju raya casual jenama PONEY beserta duit raya sebanyak RM30
2nd runner up : duit raya sebanyak RM30

"MARILAH KITA MENGIMBAU KEMBALI SAAT- SAAT MEREKA KETIKA BAYI"



nama : DHIA KHADIJAH SUFIYYAH BT AHMAD HADILLA
tarikh lahir : 17/04/2009
berat semasa lahir : 3.05kg
umur ketika gambar diambil : 19 jam 10 minit selepas bersalin
nama ibu : NADZATUL NATTASSHA BT MUSTAPA KAMAL
email : anistarbabycute@yahoo.com
cerita disebalik gambar :
Dhia lahir 5 hari selepas duedate.. masa tu umy kena induce dan dipecahkan ketuban.. masuk LR masa OS 3cm jam 11.00 am, pukul 9.00 pm baru fully OS. teran punya teran tapi tak keluar.. doktor bagi semangat dengan suruh umy rasa hangatnye kepala dan rambut dhia.. tapi tenaga dah kurang, 10.25pm, doktor decide nak vacuum dan tepat 10.30pm, dhia dilahirkan.. masa keluar tu, dhia tak menangis langsung.. lepas nurse bersihkan baru dhia menangis..

dalam mamai2, nurse bawak dhia pada umy, then tanya umy, gurl ke boy? umy cakap tak nampak.. pastu nurse tanya lagi skali. umy ckp gurl.. terus nurse bawak dhia ke NICU untuk pemantauan..

pic ni masa ni dhia dalam NICU, 2nd stage prolonged labour.. dalam tu tak buleh amik pic, tapi umy curi2 amik pic.. rindu sangat pada dhia. malam2 umy tido sorang2.. selepas 4 hari kami dibenarkan keluar.. alhamdulillah

Thursday, August 12, 2010

perhatian: pokok beracun..



Salam,

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

p/s: memang pokok ni banyak kat pejabat2.. aku tak tau info ni betul ke tak.. tak berani nak wat experiment geget sendiri.. huhu..

'MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT'

Sunday, August 8, 2010

special gift from heaven..

HEPI+TAKUT+RISAU+NEBES.. dan yang paling penting SYUKUR..

itu la yang mampu umy luahkan mengenai perasaan umy...
mulanya umy tak sangka umy pregnant.. memang umy delay period.. tapi bagi umy, malas nak test.. tunggu je la.. sebab nye bulan sebelum ni, umy delay period hampir 2 bulan.. tapi bila upt -ve.. so, malas la nak pikir dah..

umy jugak ade sms hani@maminawfal, tanya hani.. agak2 bila ye nak wat upt.. dah delay nih.. tapi hani tak reply.. takde kredit..

kebetulan SIL & MIL balik penang.. so, bibik SIL nak buat jamu resepi indonesia.. bibik ni dulu bidan kampung kat sana.. umy tingin la nak minum jamu tu.. tapi rasa tak sedap hati.. so, petang sabtu umy beli upt..

pagi2 ahad tu, umy test.. tak sangka.. laju benor 2nd line tu naik.. huhuhu.. terkejut umy... hah?? pregnant ke??? terus umy masuk bilik, gtau babah.. ape reaksi babah?



" ok la.. alhamdulillah.. " terus babah sambung tido.. huhuhu

umy pulak yang tak senang duduk.. terus tingat kenangan dalam labour room masa nak lahirkan dhia.. tetiba umy teringat.. ni bulan ogos.. masa umy pregnant kan dhia, umy test upt 14 ogos 2008 (masa besday umy ke 25).. so, kali ni... hadiah besday umy untuk tahun ni la (27 tahun).. cuma umy test awal je.. 8 ogos.. hehehe..

bila umy congak2 balik, baby ni i.allah akan lahir bulan April 2011.. sama bulan dengan dhia.. alhamdulillah.. masa tu dhia genap 2 tahun masa dapat adik.. ekekeke

pagi tadi kat opis, umy test lagi.. ni hasilnye.. masih lagi +ve.. hehehe.. alhamdulillah...



p/s: umy da tengok calender cina kuno.. maybe adik dhia nanti BOY.. hehehe.. i.allah..