Showing posts with label menu D.H.I.A. Show all posts
Showing posts with label menu D.H.I.A. Show all posts

Sunday, April 4, 2010

bekal dhia..

ni lah contoh bekal dhia yang umy bekalkan untuk dhia setiap hari.. hari ni umy bekalkan dhia, bubur nasi 500ml+carrot+kentang+daun bawang sikit, telor dadar nipis potong halus2, 1/4 slice dragon fruits, 6 kpg jacob wheetmeal, 5 kpg pancake.. banyak tak? buleh ke dhia abeskan sume ni?? bak kata cikgu A, dhia makan kadang tak cukup..hihi.. kelakor pon ade.. umy pon kalu bekal banyak gini, mau pengsan nak abeskan.. hihi


1) pagi ni umy rajin buat pancake.. hihi.. bekal utk dhia ke neseri..

2) laa.. pesal pic terbalik lak ni.. huhu


3) bekal dhia.. best tak? hihi 4) susu tu untuk minum otw dalam keta..

bekal dhia.. paperbag sponser by 1st biras.. dia keje bank rakyat.. ekeke

Monday, November 16, 2009

menu dhia 17/11/09

semalam dhia dah poo poo ok ckit, so pagi ni umy bekalkan:

1 mangkuk taufufa bubur nasi+kentang+carrot+ikan bilis

otw pi umah aunty tadi, dhia dah minum 6oz novalac (utk ilangkan sembelit)... moga2 ari ni dhia mau minum susu la... huhu

p/s: umy nak masak pe malam ni untuk dhia, besday dhia ke 7 bulan... nasi ayam??? hehe

menu dhia 16/11/09

sebab dhia masih lagik poo poo keras, pagi tadi umy bekalkan dhia dengan:

1 mangkuk taufufa bubur nasi + kismis + prune
1 biji kentang (di rebus + lecek)

susu dhia minum sikit ja ari ni.. dalam 10oz ja... huhu

Thursday, November 5, 2009

menu dhia 6/11/09

semalam balik keje umy buatkan dhia dinner... kita dinner gitu2 je la ye sayang..

dinner:
biskut milna 1pcs (mix fruits) +
3 scoop nestum +
1 scoop promil gold +
3 s/besar puree honeydew... sumenye umy mixed dalam 1 bowl.. settle dhia keje kan..

untuk hari ni, umy bekalkan dhia dengan:
bubur nasi +
1 s/besar quaker oat +
20 biji kismis +
5 biji prune +
4 scoop promil gold
(sume masak & blend.. kecuali susu last masuk time api dah tutup)

*** pas masak hasilnye 1 mangkuk taufufa

1 biji kentang rebus (mashed potatoes)
*** umy lecek2 sampai halus + air rebusan kentang

finally...
pagi tadi time otw pi umah aunty suzie, umy buatkan dhia 180ml@6.5oz susu promil gold.. dhia berjaya abeskan.. hehe.. alhamdulillah... itu sukatan yang sepatutnya dhia minum utk umo dia yang dah 6bulan ++.. lega hati umy... walaupun dhia minum 3-4kali je sehari, tapi dhia minum banyak.. ok laa... sebab dhia makan bekal umy bawak tu...

Wednesday, November 4, 2009

menu dhia 5/11/09

semalam umy try buat resepi kentang dari resepi nuruldhia@hafeez..

Bahan2nya:

Kentang saiz kecil 1 biji

Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil - umy ganti ngan 2 helai sawi.. brokoli takde..
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum - umy letak 2oz novalac..


nie lah hasilnye.. lemak berkrim.. memang marbeles.. umy pun suka.. hehe

baki yang dhia tinggalkan.. tak leh abes dah..

bekal ke umah aunty ari neh:
  • nasi goreng ikan bilis a.k.a bubur nasi+carrot+sawi+ikan bilis... pic tak ambik.. lupa..
  • 1 mangkuk taufufa like always.. hehe
baki bekal semalam:

Tuesday, November 3, 2009

Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam

(Sesuai untuk baby umur 8 bulan ke atas...)




Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)

* 1 sudu nasi
* 1/4 keping tauhu
* 1/4 keping dada ayam - potong dadu
* 3 hiris lobak merah
* 3 kuntum kecil brokoli

Cara-caranya

* Kukus semua bahan..
* Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang anda mahu.
* masukkan bahan yang nak dikukus dalam mangkuk tahan panas.. Lepas tu, bila kita masak nasi, sebelum nasi kering, letakkan mangkuk tadi atas nasi, dan tutup semula tudung periuk... lepas padam api, biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat

Bubur Oat, Ikan dan Saderi (7 bulan ke atas)



Bahan-bahan

* 3 sudu rolled oat/oat untuk dimasak (oat biru jika quaker oat)
* 10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
* 1 helai daun sedari
* secawan air

Cara membuatnya

* Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
* Masak oat, ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
* Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
* Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
* Hidangkan.

Sup Spaggeti (8 bln ke atas)

Bahan-bahan

* 10 batang spaggeti (dipatah-patahkan)
* 1 biji kentang (potong dadu)
* 1/4 batang lobak merah (potong dadu)
* Sedikit isi ayam (hiris nipis)
* Sedikit daun sup dan daun bawang (hiris kasar)
* Air

Cara-cara

1. Rebus spagetti hingga betul-betul lembut.Tos dan ketepikan.
2. Rebus isi ayam hingga masak. Masukkan kentang dan lobak merah. Rebuskan lagi hingga kentang dan lobak merah empuk.
3. Masukkan spagetti. Rebuskan lagi utk seketika. Kemudian masukkan daun sup dan daun bawang. Masak hingga daun sup dan dan bawang layu.
4. Angkat dan kisarkan utk disajikan kepada bayi anda

NOTE : Untuk sajian kanak-kanak atau orang dewasa tambahkan garam secukup rasa dan kuib ayam. Tidak perlu dikisar.

Makaroni daging

Bahan-bahan

1/2 cawan daging lembu (direbus hingga empuk dan dipotong nipis)/ daging kisar
1 biji kentang
1/4 cawan kacang peas tanpa kulit
Sedikit lobak merah
Sedikit celery
1/4 cawan makaroni
air

Cara-cara

1. Masukkan makaroni dalam air dan masak hingga lembut.Biarkan atas api yang kecil.
2. Potong sayuran kecil-kecil dan masukkan ke dalam makaroni tadi.Tambahkan air jika perlu.Masukkan daging.Biarkan seketika di atas api.
3. Angkat dan toskan air rebusan.Jangan buang air rebusan.Gunakan ia utk mengisar isi rebusan tadi sebelum diberikan kepada bayi anda.
4. Untuk Orang dewasa atau kanak-kanak bolehlah ditambahkan garam dan kuib daging.Tidak perlu dikisar utk hidangan dewasa

Nasi Brokoli Bakar.

Bahan2nya:

Nasi
Brokoli
Keju
Tomato
Bawang
Minyak masak
Telur
Susu

Cara2nya:

Brokoli dibasuh dan dipotong kecil.
Panaskan oven 190 C.
Kupas dan cincang bawang.
Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan air, ketepikan.
Tumis bawang dengan sedikit minyak.
Masukkan tomato.
Masak selama 10 minit. Masukkan brokoli. Tutup api.
Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar.
Pukul telur, susu dan separuh daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos.
Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi. Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi.
Bakar 40 minit atau sehingga perang

Resepi pengenalan kepada daging utk bayi anda....8 bulan ke atas...(dengan nasihat doktor)


Sup Kobis Bunga dan Kentang (8 bulan ke atas.)

Bahan2nya:

1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air

Cara2nya:

Masukkan semua bahan dalam periuk.
Masak api besar.
Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk.
Masak lagi selama 20 minit.
Kisar halus.
Hidangkan.


Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu

Bahan-bahannya:

1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku1/
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh

Cara2nya:

Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk.
Masak api kecil sehingga empuk.
Setelah empuk, masukkan kacang pis. Masak 5 minit.
Masukkan susu, kacau.
Hidangkan.
Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.

Resipi masakan kentang

Bahan2nya:

Kentang saiz kecil 1 biji

Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.

Cara membuatnya

Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.

Bubur Nasi Yummy (utk 8 bln ke atas/sembelit)

Bahan-bahan ( 1 orang )

* 2 sudu besar beras
* 2 sudu besar barli
* 2 sudu besar ground oatmeal
* 1 biji kentang
* Sedikit lobak merah
* Sedikit sawi (bahagian daun sahaja)
* Sedikit daun sup (bahagian daun sahaja)
* Sedikit daun bawang
* Sedikit isi ayam
* Sedikit bunga kobis
* Air

Cara-cara

1. Tumbuk kasar beras, barli dan oatmeal.
2. Masak bahan tumbuk dengan air hingga kembang.Masukkan kentang,ayam,lobak merah,bunga kobis.Masak hingga empuk dan pekat.
3. Kemudian masukkan sawi, daun sup dan daun bawang.Masak selama 5 minit lagi.Boleh lah diangkat dan dikisarkan untuk dihidangkan kepada bayi anda.
4. Untuk hidangan org dewasa, atau kanak-kanak bolehlah dimasukkan sedikit garam dan kiub ayam.

Bubur Nasi Sweet Sour (masalah perkumuhan - bagus)

Bahan-bahan ( 1 Orang )

* Segenggam beras
* 15 biji kismis kuning
* 2 biji buah prune
* 5 biji kurma lembut tanpa kulit
* Sepotong betik masak ranum yang manis (buat kiub kecil supaya mudah dilecek)
* Air rebusan barli

Cara-cara

1. Masak beras dengan air rebusan barli hingga kembang.
2. Masukkan kismis,prune dan kurma.Masak hingga kembang dan pekat.
3. Lecekkan potongan betik di dalam bubur yang telah masak. Sedia utk hidangan.

Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak ( 8 bulan ke atas.)

bahan2 nya:

3 sudu nasi yang baru dimasak

Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan airMasuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.

caranya:

Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.
Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.
Kisar halus atau terus hidangkan.

Bubur Nasi dan Kurma (8month + above)

bahan2nya:
3 sudu nasi yang telah dimasak

1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya

Caranya...
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan

cilok dari: nurul dhia

Puding Oren & Lemon

Bahan-bahannya (2 orang)

4 sudu teh tepung jagung
2 sudu besar jus oren
beberapa titis jus lemon
2 cawan susu segar
100m limau mandarin (segar/tin)
4 sudu gula

Cara masaknya:

1. campur tepung jagung dgn jus oren & lemon. ketepikan
2. panaskan susu segar ngan api perlahan, kacau selalu.
3. kemudian, masukkan campuran tepung jgung dlm susu segar, masukkan gula dan didihkan dengan api perlahan, kacau selalu.
4. potong kecil2 limau mandarin dan masukkan dlm adunan tadi., kacau kejap pastu tutup api.
5. sejukkan dan hidangkan.


Epal dan Kobis



Bahan-bahan

* 1 biji epal Golden Delicious, kupas dan parut
* 1 cawan kobis ungu, parut halus
* 1/4 cawan air
* 2 sudu besar kismis keemasan

Cara-caranya

* Didihkan air.
* Masukkan semua bahan lain. Didihkan sebentar.
* Kecilkan api, tutup periuk dan masak lagi selama 10 minit.
* Kisar halus setelah sejuk.

Sumber: Apple and Cabbage Baby Food, parents.com

Biskut 'Teether' Baby

(Sesuai untuk baby yang sedang tumbuh gigi)

Bahan-bahan

* 1 cawan jus
* 1 cawan tepung
* 1 cawan bijirin segera bayi

Cara membuatnya

* Campurkan semua bahan
* Gelekkan dan potong mengikut bentuk yang sesuai.
* Bakar 20-30 minit pada suhu 350°F (175°C).
* Boleh dibekukan.

cilok dari: nurul dhia