resepi ni umy ambil dari blog kakak2 yang suka memasak tu.. lupa lak yang mana satu, sebab amik resepi da lama.. bertangguh2 nak buat..
semalam ni datang angin rajin kus kus.. tetiba rajin nak masak.. mula2 nak buat apam gula hangus, tapi soda bikarbonat takde.. then nak buat kuih lapis (order by cikgu neseri), santan lak takde.. adoi.. nak wat kek kukus cheese atau kek karamel, telur takde.. pastu baru tingat ade beli tepung pau blue key... tapi da lama sangat simpan, sebab rasa malas nak uli doh tu, hehe..
setelah sekian lama, bila tiba masa nak buat pau tu, tengok2 tepung pau tu da expired di tambah pulak dengan ade kumbang dalam tepung tu.. adoi.. mana dtg nye??? seb baik ade tepung gandum, so.. guna resepi yang sedia ade je la.. hehehe..
malasnye nak buat pau ni sebab nak uli2 doh, then bia dia naik kejap.. pastu taruk inti, bia lagi.. pastu baru leh kukus.. TAPI, umy tak sempat tunggu sampai 40minit untuk pau tu mengembang sekali ganda.. sebabnye dhia asyik sebut
"nak kek.. umy nak kek.." bila dia tengok umy pegang papercup.. huhu.. lebih2 lagi bila dia tengok umy letak doh dalam papercup tu.. hehe
tak payah cite panjang, ni umy tepek resepi dia dan layan pic je ok.. ni la antara resepi pau yang paling senang.. umy ade amik 3 resepi pau.. tp ni yang paling mudah dan ringkas.. umy wat dapat 23 biji pau (diameter 3 inci pas kukus..)
pau kacang merah belum dikukus.. Bahan-bahan ( 15 biji )
- --Doh--
- 500 gm tepung gandum
- 1 1/2 sudu teh yis
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/4 cawan minyak jagung
- 1 1/4 cawan air suam
- --Inti--
- 2 genggam kacang hitam / merah
- 6 sudu gula pasir
- sedikit minyak
Cara-cara
- Inti : Rebus kacang dan gula sehingga lembut. Setelah air agak kering, masukkan sedikit minyak. Rebus sehingga air kering. Sejukkan.
- Larutkan gula dengan air suam.
- Dalam mangkuk lain, satukan tepung, yis dan minyak jagung. Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil sebatikan adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
- Bahagikan doh kepada 15 bebola kecil. Letakkan di atas dulang yang ditaburi tepung. Biarkan doh selama 10 minit.
- Bulat-bulatkan doh, leperkan dan isikan inti. Tutupkan, bulat-bulatkan dan lapiskan dengan kertas minyak yang telah dipotong kecil mengikut saiz doh. Buatlah sehingga habis. Selepas itu biarkan doh pau menaik sekali ganda (kira-kira 40 minit).
- Panaskan periuk kukus. Kukus kuih pau selama 10 minit.
- Sedia untuk dihidang bersama kopi O..
pau kacang merah siap dimakan.. hehe