Sunday, January 31, 2010

gara2 thaipusam..

My SIL + my MIL balik penang last week, jumaat-isnin.. so, meriah la rumah.. best sebab berkumpul ramai2, tapi yang tak bestnye, umy tak dapat aerobik 3 hari.. huhu.. sabtu tengahari babah, papa (huby SIL) ngan adam kuar pi kedai pancing.. sebab diorang nak pi memancing hari ahad.. mungkin nak cari barang2 kelengkapan yang lum complete kot.. diorang sampai umah lebih kurang kul 4.30pm.. so, my SIL pon ajak la huby dia kuar jalan2 petang ni.. huby dia takmo la kuar, sebab thaipusam.. penang ni CONFIRM jem gila jalan.. huhu.. tapi hasil rengekan manja yang tak henti2, pastu kami pon dengan selamba nye menyiapkan anak2 secepat mungkin, walaupon depa tak setuju pon nak kuar.. hahaha.. buleh dak gitu? so, bila dah siap2 sume, terpaksa la depa bawak jugak kami jalan2 malam minggu tu.. ekeke


harraz ke ni? ekekeke.. ke kembar harraz? hahaha..

nak di jadikan cite, kami sume planning nak pi batu feringghi cuci2 mata tengok minah salleh berbikini, tapi sebelum tu nak pi gurney plaza dulu sebab my SIL nak beli anak2 baju dia.. ekeke.. bayangkan dari balik pulau ke gurney plaza amik masa 2 jam.. padahal selalunye dalam 30-40 minit dah sampai... huhu.. imran dok nanges2.. dalam masa 2 jam, imran dah minum susu 2 botol.. dhia tak minum pon.. ekeke.. sebab da minum sebelum kuar umah.. idhia lak dok bebel2 sepanjang jalan.. imran dok merengek2 lagi.. dhia lak akhirnya tertido sebab lama sangat dalam keta.. my SIL dah mula hangin ngan imran.. dia siap kuar ayat "nyesal mummy bawak adik tadi, kalu tau gini, mummy tinggal je adik kat bibik ngan tok mama tadi.."

sedih pulak aku dengar ayat tu.. so, aku suh huby amik imran, pujuk2 imran suh tido.. baru je huby amik, imran terus batuk2 then terus muntah.. selambak.. ye laa.. 10 oz susu dalam masa 2 jam.. abis baju huby, basah sume.. bau nye tak payah cakap laa.. muak susu.. terus my SIL bertambah2 bebelnye... huhu..

so, bila sampai je gurney plaza, kami terus ke FOS, babah nak beli baju lain.. huihhh.. mana tahan baju penuh dengan muntah.. dah la pakai baju kaler kelabu, memang jelas nyata la baju basah tu.. takde yang berkenan, kami pi parkson pulak.. babah capai singlet ja.. bayar & terus tukar dalam fitting room.. ekeke.. pas babah beli baju, tunggu my SIL pulak beli anak2 baju dia.. so, background pic kami memang background anak2 baju laa.. ekeke.. layan je laaa.. hehe


1) dhia nampak 2 batang gigi bawah, imran nampak 2 batang gigi atas.. ekeke

2) babah yang da penat melayan dhia.. ekeke

3) rest jap minum air masak.. hehe

4) babah jom la kita main kejar2..

5) umy ngan dhia.. sexy tul background.. haha

lawak betoi, meredah jem ke gurney selama 2 jam, beli singlet (terpaksa beli) ngan bra + panties jaa.. ekeke.. pastu kami gerak ke sup hameed.. otw ke sup hameed, imran poo poo pulak, kami singgah kat shell untuk cuci.. sampai kat sup hameed babah & papa makan sup kambing cicah roti, umy makan sup perot cicah roti, adam makan 2 keping roti canai, SIL makan burger.. (sape suka sup, jom pekena sup hameed.. marbeles !!)

pas makan, dhia lak membuang.. seb baik la depan sup hameed ade hotel.. dhia glemer sikit la, cuci poo poo kat wash room hotel.. ekekeke.. kami sampai umah 12 tengah malam.. adesss... dah tua2 pon kami still kena bebel ngan MIL, sebab balik lewat... ada ka patut???

Wednesday, January 27, 2010

melaram..

hehehe.. semalam pas umy sampai umah, terus umy try jeans baru tu.. ekekeke.. terus posing ala2 gaya selalu tu.. hahaha.. memang tak reti posing tul minah sorang ni.. ekeke.. photographer takde.. alasan hokey, ekeke.. so.. ni la rupe jeans umy tu, tak lupa jugak rambut baru umy yang baru pas seterika tu... hahaha.. wallahhh... seingat umy, paling kecik saiz jeans umy penah beli 30, itu pon straight cut.. levi's lama umy pon saiz 31, bila umy leh muat saiz 28 skinny lak tu, memang teruja sangat.. tak sangka, macam mimpi (poyo lagik)... ekeke..


posing yang ala2 gitu jugak.. ekeke

pas 3 ari ber'aerobik', berat umy dah turun ke 58.5kg.. turun okey, ekeke.. bak kata babah, baru ja 3 ari dah timbang??? huhu... mesti la kan.. bila ade penurunan, baru la umy lagi bersemangat nak workout walaupon peha ngan betis neh dah terasa macam nak tercabut dari sendi.. ekekeke.. ye la kan, dah lama dok manjakan diri takde excersice, sekali kena baru nak meratap... huhu.. padan muka aku... tapi umy memang puji la.. best tul workout dia.. simple ja, tapi peluh memang tak hengat.. merambu2... marbelessss okey.. sape2 nak try turunkan berat badan, nak fit kan badan takmo gelebeh2 (sebab kalu setakat diet makan, tanpa excersice memang gelebeh esp. kalu pas deliver, sebab umy pon gitu, huhu).. leh la try call blogger ni.. order dvd ngan dia.. ok..


masih tak sedar diri, pakai jugak sarung nangka tu.. kan dah ade isi terjojol kat belakang tu.. ekeke

p/s: jom beraerobik sakan... ekeke

Tuesday, January 26, 2010

diskaun 10%


masih ingat tak n3 umy dulu neh.. umy nak beli jeans.. masa ieda datang penang dulu, umy sempat singgah GAP, try jeans.. umy ade berkenan ngan 1 skinny jeans tu, rm259.00.. huhu.. takde less lak tu.. babah cakap pi tengok kat levi's lak.. so, 2 hari lepas umy pi la usha jeans kat levi's.. hati berkenan kat skinny jeans new arrival.. takde diskaun... rm249.00.. adesss.. baru ja pas buat rambut isnin lepas.. melayang 264.. ekeke..

tetiba umy teringatkan best fren umy ni, lelaki.. dia keje jupem tkt 39, umy tkt 40.. kami kamceng masa umy bujang2 dulu.. sekarang nih cuma bertegur masa terserempak ja kat lif ka, masa makan kaa.. slalu umy mintak tolong dia kalu nk beli jeans.. tolong? bukan tolong bayar tau.. ekekek.. tolong mintak diskaun.. hahaha.. so, tadi ni umy ajak dia pi butik levi's kat tingkat 3 komtar nih.. usha2 jeans.. umy try skinny, slim fit, slim straight.. last2 umy sambar skinny.. saiz 28 tu... ekekeke.. memang tak bleh blah betoi laa.. perasan kurus.. ye la kan, skinny.. uwekkk2... hahaha...

skinny @ W28L31
pastu mula la member umy kawtim ngan salesgirl ni.. kompom la dapat kan diskaun.. 10% untuk member price.. ekeke.. dapat la rm224.10.. hehehe.. mana2 salesgirl pon leh cair kalu tengok kawan umy ni.. ekeke.. termasuk la umy dolu2 nih di kala zaman bujang... ekekeke... not available ok.. sebab somi orang, anak 2.. ekeke..

diskaun 10%.. from 249 to 224.10.. ekeke

ala2 alex young kan? ekeke.. pakcik kat opis umy panggil dia alex.. hehe.. pic lama ni, 2007.. hehe



skinny jeans 28 yang umy beli.. ekeke.. poyo ber'skinny'.. hopefully dengan workout yang umy buat, jeans nih muat selamanya.. ekeke.. risau berat naik balik, rugi oooo...

pelaburan...

babah ajak umy buat 1 pelaburan.. ianya berbaloi untuk umy dan juga babah.. umy memang interested, tapi umy ragu2 lagi.. kawan2 babah pon 2-3 orang dah mula melabur.. dan ada beberapa orang lagi kawan babah akan terjun ke lubuk yang sama.. huhu.. so, kami berdua akan buat pelaburan bersama2.. ekeke... pelik je bunyi nye tu.. hahaha.. umy ngan babah nak melabur saham ka? skim cepat kaya ke? ke forex ke? ekekeke.. tungguuuuu... hehe

red kapet ieda..

post yang dah basi.. ekeke.. walaupon ieda dan family dah selamat sampai penang dan pulang ke ipoh, umy baru nak tepek pic kat sini.. ekeke.. kenangan beb.. hahaha

tasha, ieda, nae @ Queensbaymall

tasha+dhia, ieda+arissa, nurul+mia, nae+harraz

p/s: sape2 warga p0rem, fb, fs atau blog nak datang penang.. kami warga penang akan tebar kapet merah lagi.. ekeke.. betoi dak nae? haha..

jilian michaels

Jilian Michaels - The Biggest Loser Story

"Selagi tak muntah, pengsan atau mati, terus berjalan!"

Jeritannya itu mungkin tidak mampu dilupakan peserta rancangan realiti televisyen, The Biggest Loser. Caranya yang agak agresif ada kalanya menyakitkan hati, tetapi rata-rata peserta rancangan berkenaan ternyata menyenanginya apatah lagi ada peserta bimbingannya yang bergelar juara dalam rancangan terbabit.

Lantas, tidak hairan apabila pakar kecergasan, Jillian Michaels, 35, yang punya susuk tubuh mantap dengan binaan otot yang 'cantik' itu turut meraih populariti menerusi rancangan berkenaan. Namun, Jillian dulu tidak seperti yang dilihat kini. Dia pernah memiliki berat sehingga 79 kilogram sebelum usia remajanya hingga menyebabkan ibunya mula menghantarnya ke kelas seni mempertahankan diri.

Sejak itu juga, ia bagai lembaran baru dalam hidup Jillian yang turut memiliki tali pinggang hitam untuk muay thai dan akarui-do sepanjang pembabitannya selama 17 tahun dalam seni mempertahankan diri.

Dengan ketinggian sekitar 159 sentimeter dan berat kira-kira 54 kilogram, dia menggunakan gabungan pelbagai teknik latihan kekuatan untuk membantu mereka yang ingin mengubah tubuh serta kehidupan yang lebih menyihatkan.

"Memang dulu saya kanak-kanak bermasalah dari segi berat badan dan itu memberikan saya pemahaman mendalam mengenai tugas yang saya lakukan sekarang.

"Saya menjalani terapi sejak berusia lima tahun sekali gus membolehkan saya mengenal pasti masalah psikologi tertentu yang dialami orang lain dan membantu mereka untuk mencari penyelesaian mengubah kehidupan mereka.

"Latar belakang seni mempertahankan diri yang ada membantu saya mengenal pasti potensi seseorang serta mendorong seseorang secara mental dan fizikal bagi memudahkan perubahan positif jangka panjang.

"Minat saya bukan untuk mencipta badan berketul-ketul. Kecergasan hanyalah alat untuk membina semula kehidupan seseorang. "Kecergasan juga alat yang mampu memperkasakan seseorang. Ia memberikan pengetahuan, kuasa, pemahaman dan kekuatan. Memiliki tubuh yang kuat secara fizikal mampu mengubah pelbagai perkara dalam setiap aspek kehidupan seseorang," katanya.

Sejak mengenali seni mempertahankan diri pada usia muda itu, dia terus jatuh cinta dengan apa saja yang berkaitan seni berkenaan. Cuma, kerjaya pertamanya tiada kaitan langsung dengan kecergasan, sebaliknya dia menjadi ejen pencarian bakat untuk filem di Los Angeles. Namun, minat mendalamnya untuk membantu individu yang mengalami berat badan berlebihan membuatkan dia meninggalkan kerja lain dan memberi tumpuan sepenuhnya pada latihan kecergasan peribadi.

Penyertaannya dalam The Biggest Loser bermula pada 2004 tetapi dia menarik diri kerana tidak berpuas hati dengan pembikinan rancangan terbabit di Amerika Syarikat (AS) sebelum menyertai versi rancangan berkenaan di Australia dan kemudian kembali ke rancangan terbitan AS.

Selain bergelar pakar kecergasan, Jillian memang sibuk dengan pelbagai aktiviti. Dia mengacarakan rancangan bual bicara di radio, mencipta permainan video, menulis blog serta menulis beberapa buku mengenai kecergasan termasuk Winning By Losing, Making The Cut dan Master Your Metabolism.
Menerusi buku ketiganya, Master Your Metabolism, dia mengaitkan kehidupan yang menyihatkan dengan persekitaran serba hijau. Buku itu terhasil selepas dia berasa begitu tersentuh dengan dokumentari mengenai alam sekitar, The 11th Hour.

"Sejak itu, saya mula mencari pelbagai perantara untuk 'menghijaukan' hidup saya. Malah, menerusi pelbagai maklumat yang saya peroleh mengenai topik terbabit, saya mula sedar kesihatan diri dan planet berkongsi nasib serupa. "Saya kini memilih untuk mendapatkan bahan makanan daripada sumber organik, begitu juga dengan produk kecantikan serta produk pembersih di rumah," katanya menyifatkan kehidupan 'hijau' banyak kaitannya dengan kecergasan diri.

Baginya, rahsia menurunkan berat badan adalah menangani masalah terbabit.

"Jangan lari daripada masalah kerana masalah akan jadi lebih teruk. Teliti masalah anda, jadilah seorang yang proaktif dan ubah sikap," katanya.

Nasihatnya, mulakan catatan di jurnal dan tulis segala fikiran negatif mengenai diri sendiri serta punca matlamat tidak dicapai.

"Cipta fikiran positif dan ingatkan diri setiap hari bahawa anda memang layak untuk mendapatkan apa yang diingini dengan usaha yang dicurahkan," kata wanita yang memberikan motivasi kepada hampir 15 juta penonton televisyen setiap minggu ini.

Jika tidak sibuk dengan rutin hariannya, wanita yang menetap di Los Angeles ini gemar mengembara dan membabitkan diri dalam kerja amal termasuk tugasnya sebagai duta Persatuan Barah Amerika.

p/s: copy dari blog kak mia..

i want to be like her !!!

umy suka baca blog sorang kawan ni.. memang best tengok cara dia nak lost weight.. memang teruja sangat laa.. lebih2 lagi bila berat umy dah cecah balik 59.1kg.. bye2 hani.. jauh dah lari berat dr hani, tak sempat catch up.. huhu umy pon interested ngan dvc JM compilation ni.. so, umy dah order ngan kawan umy ni.. rm15/dvd.. dalam tu ade 6 ke 8 modul.. umy lupa laa, sebab baru 1 modul umy buat.. ekeke.. kawan umy buat workout ni, dia lost almost 20kg's.. believe it or not??

semalam umy start ngan level 1, huhu.. walaupon 30min ja, memang berbaloi2.. berpeluh2 mengalahkan umy buat fast walk 8km.. huhu.. pas abes ja aerobik peha terasa kejang.. pagi ni datang opis, huhu.. memang meratap beb.. ekeke.. malam ni nak workout lagi..


kandungan dvd yang umy beli..
so, disebabkan dalam modul tu ade slot guna dumbell, umy pon berjalan kaki ke avon lunch time tadi, sebab nak beli dumbell.. tak best lak tak guna.. sebab kawan umy cakap, kalu nak lengan toned, guna la dumbell.. hehe..

sempat lagi umy grabbed trimline ni.. trim arm slim belt.. ekeke.. terasa lengan ni gumoks.. so, guna ni + dumbell hopefully leh kecikkan la lengan umy ni.. hehe

i want to be like her !!!!

umy bagi masa 1 bulan untuk umy workout untuk dapatkan berat 55kg.. buleh gitu?? hehe

Monday, January 25, 2010

264 melayang..

ahad malam umy sembang2 ngan babah atas katil sebelum tido.. umy gtau babah umy nak buat rebonding aka iron rambut orang kampung cakap.. ekeke.. babah kata ok je.. terus umy tak leh lelap mata.. keciwi sangat nak pi hair stylist.. ekeke.. esoknye umy pon menadahkan diri kat hair impression.. dari kul 11.40 am - 3.40pm.. 4 jam masa yang umy spend untuk buat rambut.. lama betoi.. seingat umy, umy penah buat rebonding masa tahun 2005.. masa tu baru pas balik dari Gunung Tahan.. 2006 umy penah highlite rambut skali.. huhu.. yang ni takmo buat dah... pastu dah lamaa sangat tak memanjakan rambut ni.. lebih2 lagi 2-2 SIL buat teknik rebonding, umy pon jeles tahap cipan laaa.. ekeke.. jeles yang melayang duitttt...

semalam, umy pon poyo2 la tunjuk rambut baru kat babah...
umy tanya babah, 'lawa dak rambut sha?..'
babah jawab 'macam cina bukit...'

adessss... umy buat la sedih2.. 'tak kan tak lawa kot?'
babah kata, 'lawa laaa... padan la dengan harga tu...' ekekeke...

cina kedai tu pon pandai, kata rambut umy gitu gini laaa.. kering laa, macam2 laa.. nak meniaga.. padahal memang betoi pon.. ekeke.. last2 terpedaya jugak beli hair moisturiser aka treatment & crystal oil.. huhu..

rebonding 180+hair moisturiser 59+crystal oil 25... umy dah perabiskan rm264 duit gaji umy... uwaaaaa... janji puashati... hehehe

p/s: pic kemudian ok..

Thursday, January 14, 2010

settlement..


boss besar dengan hasil tangkapan siakap 2 ekor disamping waja kesayangan.. ekeke

emmm.. umy dok berkira2, setelah ditolak tambah darab dan bahagi, dan pas discuss ala2 dengan babah, umy nak buat settlement waja umy tu, ade lagi 39 bulan aka 3 tahun 3bulan.. monthly umy bayar rm433.. sebab downpayment tinggi dulu.. ekeke.. tadi dah cek dengan bank, total settlement dalam 16.8k.. kalu buat settlement b4 5Feb, umy dapat diskaun rm1578.. so, kena bayar dalam rm15,222 je.. emm.. niat nak settledown keta sebab nak buat loan umah pulak, walaupon lum jumpa umah idaman tu.. ekeke.. yang penting payslip umy dah nampak cun melecun sikit aaaa... ekeke.. nak potong umah pon, umy mampu dalam 1k ja sebulan.. huhu.. tu ja limit umy, takmo lebih2.. tak terbayar den nanti.. uhuk..uhuk.. tadi ade call boss besar aka my dad.. ayat2 dia sikit, dia nak tambah lagik 3k.. ekeke.. tak baik tul aku, buruk siku nih.. (keta tu umy belikan untuk boss besar, tapi mintak dia topup bayar lak.. ekeke.. adesss..) ok la tu.. umy just kuarkan 12,222 je... legaaa.. hehehe.. yang penting loan keta dah abes bayar.. loan PTPTN bila lagi? hahahaha... yang tu pelan2 ok.. ekeke

akibat kecuaian nursery..

tadi ct@ibuzafran ym umy.. mintak umy baca blog akak nih.. pasal anak dia 'Ukasyah yang meninggal dunia akibat kecuaian pihak nursery.. anak dia baru umo 4 bulan.. Al -fatihah dan takziah buat adik 'Ukasyah.. moga bersemadi diantara orang-orang yang beriman..
bila umy terbaca kisah ni, teringat umy pada dhia.. sebab nye umy rancang untuk hantar dhia ke nursery mulai bulan feb 2010.. sebab takde pengasuh.. umy berharap sangat, Allah swt beri pertolongan, tunjukkan jalan yang terbaik untuk umy.. sebab sekarang umy dalam dilema.. umy mahukan yang terbaik untuk anak umy...

Wednesday, January 13, 2010

kelab diet Mr Bam


aritu, ieda@ibuarissa ade ym umy, gtau pasal kelab diet mr bam ni.. memandangkan azam umy 2010 ni nak lostkan weight.. so, umy dengan secara rasminya nak menyertai Kelab Diet Mr Bam. emmm... syarat2 dia seperti di bawah..

Syarat2 menyertai Kelab Diet Mr Bam:
1. Jujur dan ikhlas - of course
2. Tergolong dalam kategori overweight (BMI >25) dan obesiti (BMI>30) - anda bleh gunakan gadget di sidebar blog ini utk mengira bmi) - kalu BMI 24.3 buleh ke? dah nak overweight da tu.. ekeke
3. Ingin menurunkan berat badan - azam 2010.. ekeke

Cara menjadi ahli Kelab Diet Mr Bam
1. Follow blog Mr Bam - done
2. Buat satu entry pada blog anda (tajuk Kelab Diet Mr Bam) - done
  • letak latest photo, nampak dari hujung rambut ke hujung kaki ye, kalau segan, takyah bg yang nampak muka, dr tepi ke, belakang pun boleh:).. - done
  • then tulis nickname, berat badan semasa dan ketinggian. - done
  • Tulis juga target berapa kg yg anda nak turunkan dalam tempoh 3bulan - done
  • Nyatakan anda adalah pengguna Jus Mate 5 atau bukan pengguna Jus Mate 5. - done
  • Copy gambar kelab Mr Bam kat atas, paste di entry anda dan link kan gambar itu ke entry ini--> http://mrbam5.blogspot.com/2010/01/kelab-diet-mr-bam-2010.html - done
  • letak link blog anda di ruangan komen dalam post ini. - done
  • Boleh letak penyertaan lebih dr seorang dlm satu blog, contoh utk husband and wife atau kwn2 / adik beradik yg takde blog:).. - tak de.. sorang2 je
Latest pic..

Tarikh pic: 14/01/2010
poyo pulak pic sampai 4 keping.. ekeke

Nickname : nadz
Berat : 58.5kg
Tinggi : 155cm
BMI : 24.3 (normal)
Target lepas 3 bulan : 55kg
Bukan Pengguna Jus Mate 5

sangat2 berharap dengan menyertai kelab diet mr bam ni, umy dapat betul2 disiplin dalam diet umy.. untuk capai berat yang di impikan tanpa kenaikkan semula.. ekeke.. jom kawan2..

kau kembali juaaa..

adesss laaa.. umy baru je stop period ahad lepas 19/01/10 pas amik norculut 2 hari.. huhu... baru je nak bercintan cintun ngan babah dia mai balik dahh semalam, rabu 13/01/10.. baru ja 3 ari.. adesss laaa.. ku ingat kau pergi untuk sebulan.. tapi rupa2nya kau kembali juaaaa dalam masa 3 ari... aaarrghhhh !!!! ku harapkan panas sampai ke petang, rupa2nya hujan di tengahari... huhu

body frame

umy ade terbaca pasal ni dalam blogger ni.. suka sangat baca blog dia.. ekeke.. so, umy excited la nak tau pasal body frame ni.. betul ke tak.. sebab sebelum ni, mind set umy mengatakan umy ni 'rangka besar'... huhu.. main2 sebut ja, betul ke tak lum pasti.. ekeke.. so, jom tinjau.. kawan2 leh try jugak kat sini..

1) ada 2 cara nak tentu kan body frame kita..


2) umy dah amik ukuran wrist aka pergelangan tangan umy.. 15.5cm

3) masukkan data kat dalam tu.. wrist size & height..

so, the result is medium frame.. ekeke

tak pon jom guna ukuran kat bawah nih... buleh jugak.. hehe



progress terkini umy:
tinggi: 155cm maintain.. ekeke
berat terkini: 58.5kg.. ekeke naik balik daa
dari 55.4kg
dada: 90cm maintain.. ekeke
bawah dada: 72cm sebelum ni 70cm
pinggang: 70cm sebelum ni 68cm
punggung: 94cm sebelum 92cm
peha: 93cm sebelum ni 91cm
shoulder: tak tau sebab tak penah ukur.. kena tanya personal tailor aaa.. ekeke

so, rasa2 nya pas amik ukuran badan pon, umy masih dalam kategori Medium jugak.. huhu... tapi pelik jugak, tersesat jugak 2-3 pasang baju kurung saiz S yang umy muat.. haha.. magikkk !!! so, terpulang pada individu nak percaya ke tak body frame calculator nih.. ekeke