Monday, August 31, 2009

golek2 tunggu babah...

29/08/09, pic umy+dhia golek2 dalam bilik sementara tunggu babah balik keje... umy ngn dhia dah ready nak balik umah tok wan+mak tok kat perlis... lambatnye babah nih...




end of da story... pukul 4.30 petang baru babah balik keja, pastu tunggu babah mandi, siap sume... kul 5 lebih baru kuar umah.. pastu singgah Kamdar Bukit Jambul, beli langsir raya untuk Tok Mama (MIL)... singgah pasar ramadhan Sg. Nibong... pecut balik perlis, tp apakan daya terpaksa berbuka posa dalam keta... time tu baru sampai Sg. Dua.. hehe...

kesian dhia tertido keletihan... huhu

dhia@umah babysitter

(28/08/09), pic nih umy nak amik dhia kat umah aunty suzie new babysitter.. muda lagi, umo 24tahun... dah kawen tp blum ade baby... dhia baru pas mandi time nih...



dhia mula2 diam atas pangkuan umy, pastu... mula la bebel.. hehe...



i'm a gurl or a boy...?

Thursday, August 27, 2009

nak merangkak ke menyulur?


huhu.. anak umy neh baru je leh nerap 2 ari sebelum masuk 4bulan.. time tu 15/o8/09... pastu semalam umy perasan anak umy neh dok angkat bontot, gaya macam nak merangkak... pastu kaki tu dok tendang2 lantai, macam nak tuil tolak badan ke depan... nak menyulur ke?? umy tak sempat nak rakam aksi dhia time tu.. akan update kalu sempat rakam/amik pics.. ok

Wednesday, August 26, 2009

makan epal leh kurus..???

EPAL MAMPU SUSUTKAN LEMAK TANPA BERDIET

mengurangkan berat badan semudah 1-2-3.
Perbahasa lama Barat ‘makan sebiji epal sehari, tidak perlu melawati doktor’ umum sudah mengetahui. Tetapi kini rombakan saranan itu terkandung dalam Program 3-epal sehari, ini kerana mampu menyusutkan berat badan sebanyak beberapa paun. Beberapa tahun lepas, di Bandar Wenatchee, Washington, Amerika Syarikat, berat badan penduduk di situ mula susut, bukan disebabkan kurang makan, diet terkini atau pil pelangsingan tetapi melalui perubahan gaya hidup yang mendatangkan hasil cukup mengejutkan.
Seorang wanita susut 19 paun lemak badannya sepanjang 12 minggu. Manakala seorang lelaki pula berjaya susut 35 paun dalam jangkamasa yang sama. Keseluruhannya seramau 346 orang mengikuti program tersebut susut lebih daripada 6,000 paun lemak dalam masa 12 minggu. Bagaimana ia berlaku? Dengan hanya memakan tiga biji Washington Apples sehari, disamping program pemakan dan senaman yang seimbang.

Diilhamkan Pakar Pemakanan Berdaftar Tammi Flynn, ketika itu menjawat pengarah nutrisi sebuah gim tampatan, menemui formula unik ini. Salah seorang pelanggannya, yang tiada hasil dari program dietnya – malah bertambah lapar disebabkan terpaksa mengurangkan makanan, mengamalakan memakan sebiji epal sebelum setiap waktu makan. Hasilnya, dia berjaya menyusutkan satu setengah paun dalam hanya satu minggu. Flynn mencuba kaedah sama ke atas pelanggannya yang lain dan ia menampakkan hasil yang hebat. Kejayaan saranan itu menyakinkan seramai 346 penduduk Wenatchee, mereka menyertai program diet itu dan memakan lebih daripada 87,000 biji Washington Apples selam 12 minggu. Sepanjang tempoh ini mereka susut sejumlah 6,126 paun lemak.

Program ‘3-Epal-Sehari’ merupakan satu kejayaan
Mudah dan ringkasnya petua saranan program ‘3-Epal-sehari’ menjadikan program ini cara terbaik bagi menyusutkan berat badan. Ia tidak melibatkan diet; sekadar diminta memakan sebiji epal sebelum sarapan, tengah hari dan malam. Disamping itu, pengambilan snek berkhasiat sepanjang hari dan senaman berkala membolehkan penurunan lemak badan. Tiada ‘pakej makanan siap’ mahal untuk anda beli, memadai hanya Washington Apples yang berkhasiat. Ia boleh dibeli pasaraya atau kedai buah-buahan segar berhampiran. Kajian terbaru Universiti California-Davis menyokong peranan epal dalam penyusutan lemak badan. Disebabkan Washington Apples mengandundi banyak fiber – malah sebanyak 4 hingga 5 gram terkandung dalam sebiji epal – ia membantu mengurangkan rasa lapar dan bertindak sebagai peningkat daya susutan lemak. Gula semulajadi dalam epal juga menahan keinginan memakan makanan yang mengandungi kandungan yang tinggi gula prosesnya. Program pemakanan itu, selain dari Washington apples, melibatkan karbohidrat, protein ringkas, buah-buahan dan sayuran dan disertai sedikit kandungan lemak penting.

Contohnya:
Ø Sarapan pagi: telur dadar berkejudan secawan bubur.
Ø Makan tengah hari: dada ayam salai dengan brokoli kukus dan setengah cawan beras perang.
Ø Makan malam: salad salmon salai.

Oleh kerana buah epal menghimpunkan lebih banyak air di dalam perut, menyebabkan rasa kenyang kekal lebih lama. Suruhanjaya Washington Apples menyarankan orang ramai yang hendak mengurangkan berat badan memakan sebiji epal 30 minit sebelum menjamah makanan bagi mengurangkan kelaparan. Jika mengurangkan berat badan adalah antara azam tahun baru anda, penyelesaiannya semudah 1…2…3 Washington Apples sehari. Tidak mustahil, dengan menuruti program ‘3-Epal-Sehari’ dan menghindari diet ‘popular’, penggantian makanan yang mahal dan kelaparan dipaksa, anda akan mengalami perubahan keseluruhan penampilan anda! Washington Apples kini boleh didapati pasar raya besar dan kedai runcit segar di seluruh Malaysia. Pelbagai pilihan termasuklah Red Delicious, Granny Smith, Fuji, Gala, Golden Delicious, Jonagold, CrippsPink, Btaburn dan Cameo.

1. Bersukan atau bersenaman diantara 30-60 minit setiap hari.
2. Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat ( Hindari makanan dan minuman yang mempunyai gula yg banyak dan masin )
3. Kurangkan jumlah makanan kepada 50% ( Akan tetapi pada hari Sabtu dan Ahad makan lebih sikit )
4. Banyak minum air putih/kosong.
5. Hindari makanan yang terlalu berminyak.
6. Makan lebih banyak ikan dan kurangkan daging.
7. Makan lebih sayur dan buah-buahan.
Akhir sekali, selamat berjuang dan jangan mudah berputus asa. Anda mungkin tergoda untuk mengabaikan sukan atau senaman dan mahu makan lebih. Tetapi kawallah diri anda dan fikirkanlah kebaikannya. Yakin boleh pasti boleh..

Di olah kembali dari Sumber : Majalah Anis ( Mei 2008)

petua kehidupan...

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69, Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah
Surah Toha ayat 1-5

Supaya Suami tak kawin lain
Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil

Ayat pendinding
Ayat akhir surah At Taubah

Bagi anak2 yg suka keluar malam
Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah

wanita di mata lelaki

something nice to share...

seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak surat di peti pos tak berambil anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan masuk ke dapur sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh periuk tidak bercuci mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air baju masih belum berbasuh apatah lagi berendam lelaki itu cemas mencari isterinya dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku...
"awak sakit ke?".. tanya lelaki itu
"tak lah", jawab isterinya ringkas
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.
balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. .... NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI"
Best baca sampai abis!!!. It's true.To share..Dari Ilham seorang lelaki..."Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti pontianak... Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan... "Ibu, ibu...engkau lah ratu hari ku....."Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott,peettttt, boleh pecah eardrums. And if mak menjerit,boleh bergegar isi perut. Silap gaya , tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm! !! Can do whatever!!!Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh Chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!! But, the happiness does not long last.
Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI...Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense.Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna.Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!Kau Isteri Ku....Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang ...
Ibu sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin one of the reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya memekakkan telinga setiap kali ibu memberi "ceramah percuma". Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kat rumah (for instance if she's gone for a short holiday). Budak-budak sekarang ramai kawan,banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat happening places..
As for me is different,if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone", aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth...
Tapi, masuk hari ketiga, i felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil...
Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office,ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop...Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.Jangan kata sebulan atau setahun.... belum seminggu isteri takde kat rumah,aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...
So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tubini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!! And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita.. Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penat tau!!

Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita... tak rela!!!So to all mums and wives out there... life will be meaningless withoutYou mothers)....

uuwaaaaaaaa! ! sayangi la kaum perempuan krn tanpa Mereka anda kehilangan sesuatu, hargai mereka!!!!

Penat2 Jogging Tapi Macam Tu Jugak?

Masalah ini actually quite normal. paga hujung minggu atau waktu petang memang ramai yang berjogging dekat taman2, gym ataupun treadmill di rumah. Stamina atau cardiovascular capacity memang meningkat tetapi lemak dan berat badan tidak berubah! Why?

1. Sebab anda tidak dapat mewujudkan kalori deficit (kalori masuk > kalori keluar)
2. Most probably semasa sessi jogging, anda tidak membakar lemak tetapi glycogen!
Ok masalah point pertama agak mudah untuk difahami sebab kalau anda makan (kalori masuk) melebihi pengunaan badan (termasuk jogging dll) tentunya makanan berlebihan akan disimpan sebagai lemak.
Untuk bulan ini saya nak fokus lebih kepada point kedua: Adakah anda membakar lemak ataupun glycogen?

Ok badan kita mempunyai dua sumber tenaga: glycogen & lemak. Sebagai pengumpamaan, andaikan:
glycogen adalah wang tunai (badan boleh menyimpan lebih-kurang 2000 calori at one time)
lemak sebagai duit simpanan bank.
makanan adalah sumber wang tunai.
…sebelum badan menyentuh duit simpanan (lemak) semasa cardio (seperti jogging), badan perlu menghabiskan wang tunai terlebih dahulu…
Sebelum badan menyentuh duit simpanan (lemak) semasa cardio (seperti jogging), badan Yanti perlu menghabiskan wang tunai terlebih dahulu . Ketika itu, badan akan membakar lemak!

Jadi camane nak bakar lemak badan?
1. One way adalah dengan memanjangkan sessi cardio (tanpa minuman sukan) so that at some point bekalan glycogen habis dan badan bermula membakar lemak. Tetapi ini agak memenatkan.
2. Dengan mengelakkan makanan/minuman berkarbohidrat 3-4 jam sebelum cardio. With that, badan akan terus mengunakan wang tunai yang sedia ada dan apabila memulakan jogging, wang tunai telahpun turn ke tahap yang lebih rendah dan at some point, badan terpaksa mengambil wang simpanan (lemak) sebagai sumber tenaga to support your activity.

Tidakkah performance saya akan merosot tanpa bekalan glycogen?
Yes tetapi anda kena buat pilihan antara performance training ataupun training untuk membakar lemak!
Pernah terfikir kenapa atlih negara tidak mempunyai badan yang kental walaupun mereka berlatih almost setiap? Mereka berlatih untuk performance dan sentiasa memastikan “wang tunai” sedia ada dengan mengambil minuman/makanan berkarbohidrat yang mengandungi carbs.
Performance tanpa glycogen tidak “sehebat” kerana ia mengambil masa untuk mengeluarkan wang simpanan daripada bank dan mengunakannya sebagai wang tunai! Hmmm….I hope all this makes sense. Basically, ia mengambil masa untuk badan memecahkan molekul lemak dan gunakannya sebagai tenaga.
…ia mengambil masa untuk badan memecahkan molekul lemak dan gunakannya sebagai tenaga…

Bolehkah makan/minum selepas jogging?
Oleh kerana heart-rate anda masih tinggi selepas aktiviti jogging, peluang (masa) itu boleh digunakan untuk squeeze pembakaran lemak lagi. Air mineral is no problem tetapi, kalau boleh, only turn to food selepas 30 minute. Also, take it easy on the food…..you dah
penat-penat berlatih so best kalau you stick to a light and balanced meal ? Simple carbs are ok to replenish your energy quickly. Jangan ikut nafsu.

credit to Mr Kevin Zahri again...


p/s: Sharing is Caring...

Panduan Kurangkan Berat Badan

Sejak musim perayaan ini, saya banyak menerima email minta advice dan nasihat untuk kurangkan berat badan…. kalau boleh dengan cepat. Berikut adalah panduan ringkas dan cepat untuk cara menurunkan berat badan:

1. Jangan skip meals. Ramai ingat bahawa anda perlu skip meals seperti elakkan sarapan pagi dan melaparkan diri untuk kurang berat badan. Ini salah. Dengan cara ini anda hanya berjaya menurunkan metabolisma badan. Panduan Terbaik?Makan 5-7 hidangan sederhana sehari dan kurang makan/minum 2-3 jam sebelum tidur.

2. Kawal nafsu makan….once nafsu is there memang susah untuk membuat pilihan makanan yang baik. Again di sinilah anda perlu makan 5-7 kali sehari untuk mengawal nafsu makan anda.
3. Tingkatkan tahap keaktifan anda…tak semestinya dengan jogging atau bersenam di gym. Yang penting anda tingkatkan aktiviti physical untuk bakar lebih calorie, seperti
Park kereta anda lebih jauh daripada destinasi anda ,Jangan guna lif…use the stairs, Bersihkan rumah anda
4. Ketahui keperluan kalori anda. Ini penting dan jika anda rajin, bandingkan keperluan kalorie dengan pemakanan kalorie seharian anda.
5. Eliminate makanan yang 1. tidak elok dan 2. tidak perlu. Kekadang kita ambil makan/minuman yang actually kita tak perlukan sangat pun….just because its there, doesn’t mean we have to eat or drink them
6. Diet pills? Yes they work tetapi tidak jika anda tidak gabungkan penggunaannya dengan makanan yang terkawal…..
7. Tak pandai kawal nafsu makan? Belilah protein shakes dan makannya di antara hidangan due kali sehari..1. antara sarapan dan lunch…2. antara lunch dan makan malam


credit to Mr. Kevin Zahri
health & fitness speaker/writer/web

kurma+kismis+madu

Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya..." "Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.


1) KURMA Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir". Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan". Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".


2) KISMIS Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih". Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi". Imam Ali a.s.. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa". Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa "kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".


3) MADU Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi". Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".


p/s: Sharing is Caring...

sebesar jari ibu...


Emak aku kata dulu, masa baru lahir tapak kaki aku hanya sebesar 2 jarinya sahaja. Apabila aku berkahwin dan Alhamdulillah dikurniakan cahaya mata pertama (Dhia Khadijah Sufiyyah) aku ukur memang betul kata emak... sebesar 2 jari saja..

Dari sebesar 2 jari kita dibesarkan sehingga besar panjang ni dengan susah payah emak dan bapak. Apabila aku tak dapat tidur kerana anak kecil yang menangis malam kerana demam aku teringat macam nilah agaknya dulu emak dan bapak aku jaga aku..

Tetapi mengingati ibu bukan pada 10 May sahaja, ingati dan doakan lah kepada ibu bapa setiap kali berdoa selepas solat, semoga menjadi anak yang solehah.Tetapi tiap kali menjelang Hari Ibu aku akan tetap call emak aku mengucapkan "Selamat hari ibu" dan aku dengar jawapan terima kasih emak dalam getaran.. Emak tak terbalas jasamu..



Monday, August 24, 2009

aku TERkena TaG !!!!

TASK: upload satu pic anda yg paling ridiculous @ hodoh (WAJIB). Snap secara spontan depan pc lg bagus...



1. kenapa anda rasa pic tu ridiculous?

time nih aku pon macam shima, tengah peknen anak sulung... pastu, aku tengah bz giler buat keje, opismate aku (syukri) nak amik pic aku sebab nak TEST camera dia yang baru beli tu... malas tul aku nak amik pic time peknen, sebab lebar semacam jer... huhu... baru je nak marahkan si syukri tu, dia dah SNAP pic aku..huhu... ini lah hasilnye... hahahaha

2. Di mana ni?

Bilik aku kat opis... Jabatan PERHILITAN Pulau Pinang, Tingkat 40, KOMTAR, 10000 Pulau Pinang.. (nak antar kad raya pon buleh... hikhikhik...)


3. senaraikan rakan2 yg ingin anda TAG

amik ko..kita tgk sapa yg kena....hehe

1. Mas
2. Lia @ Yasmeen
3. Haniey @ nawfal
4. CT @ zafran
5. ieda @ arissa

4. Ucapan anda?

credit to syukri sbb snap pic nih, kalu tak, tak dapat la aku nak wat TaG nih + pamerkan pic aku yang ridiculous ala2 neh... hehe

Wednesday, August 19, 2009

How To Prevent H1N1




18 August 2009, seorang Doktor dari Kementerian Kesihatan datang ke opis kami... tujuannye nak bagi taklimat@pendedahan mengenai H1N1 dan cara nak elakkan nye... so, aku nak share la ngan kawan2 sume...

nih la rupe virus tu... then camne virus tu melitupi peparu kita... smokers sangat terdedah kepada virus ini selain daripada pengidap asthma...


kata doktor tu lagi, virus ni sebenarnye merupakan 'Biological mailto:weapon biologi... seseorang yang positif H1N1, dia DAH dapat sebarkan virus tu, sehari sebelum dia mengalami simptom2 seperti batuk, demam, sakit tekak, letih@malas...bukan malas yang besa2 tu.. nih rasa tak bermaya... virus nih buleh hidup dalam perumah yang HIDUP sahaja... menda2 bukan hidup tak leh...

dia sarankan makan guna sudu/garfu... sebab virus tak leh hidup kat situ... sebelum guna tu, cuci then lap sudu tu dulu.. kalu nak guna tangan, kena cuci sebersih2nya... boh sabun, cuci celah2 jari, kuku, etc... kerap cuci tangan dengan air dan sabun...

dia tak galakkan penggunaan mask.. sebabnye bakteria, habuk, kotoran leh melekat pada mask tu... then ade orang yang guna mask tu tak tukar2 dah.. (stok takde takpon nak jimat...haha) so lagi bahaya... penggunaan mask perlu bagi orang yang demam/selsema... supaya tak menjagkiti orang lain...

selain daripada tu, aku ade terbaca dalam buku, kalu kita amalkan memakan bawang putih@garlic, leh juga untuk elakkan terkena penyakit...



Doktor tu jugak bagitau, amalan makan@masak menggunakan bunga lawang bagus untuk masalah selsema, sakit tekak, batuk...

kalu boleh, amalkan menggunakan 'hand sanitizer' untuk mematikan kuman2 yang lekat di tangan kita... (bukan nak promote brand tau..hikhik)



elakkan berada di tempat yang crowded... jangan bawak anak2 kita yang masih kecil ke shopping compleks.. (w'pon tingin sangat sebab dah lama tak jalan2 ngan anak... huhu) elakkan berada ditempat awam yang sesak...

jauhi orang yang nampak tidak sihat & menghidap demam & batuk...

elakkan menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mencegah kemungkinan jangkitan...

ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah2 pencegahan yang perlu di ambil...



amalkan gaya hidup yang sihat. dapatkan tido yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktivit fizikal...