Showing posts with label babyD a.k.a Fahim. Show all posts
Showing posts with label babyD a.k.a Fahim. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

Demam Kuning/Jaundis Pada Bayi

Lebih kurang 50% ke 60% bayi yang lahir cukup bulan mengalami demam kuning atau jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejab, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian.
 
Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagaian bawah badan. Bayi jaudis juga akan kerap tidur.
 
Apakah penyebab jaundis
Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
 
Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.
 
Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.
 
Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:
  • Bayi lahir pra matang
  • Darah ibu dan bayi yang berlainan.
  • Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
  • Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
  • Etnik Asia
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran
Jenis-jenis jaundis
Adalah penting untuk mengenali jenis-jenis jaundis. Setiap jenis jaundis menyebabkan kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.
 
Jaundis Normal/Physiologic
Biasa terjadi kepada bayi baru lahir.Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada ethnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu.
 
Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.
 
Jaudis Pathologic
Terjadi akibat keadaan perubatan seperti berlainan jenis darah(kerap berlaku), kelahiran pra matang, pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati akibat rubella, siplis atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis darah berlainan kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif. Ianya mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak. Masalah Rh juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk. Kini ia dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran.
 
Jaundis Susu Ibu
Ini berkemungkinan dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh membuangan lebihan bilirubin melalui usus. Ia bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian. Walaupun mendapat susu yang mencukupi bayi masih mendapat jaundis. Jika kadar bilirubin meningkat, doktor anda mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari. Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.
 
Rawatan
Pemeriksaan akan dibuat dengan menekan kulit bayi atau mengambil darah bayi untuk mengukur tahap bilirubin bayi. Untuk memeriksa sendiri, bagi kulit bayi berkulit cerah, boleh diletakkan di tempat banyak cahaya atau lampu. Tekankan kulit secara lembut dengan jari anda di bahagian hidung, dahi atau dada, jika terdapat kesan kekuningan apabila jari diangkat bermakna bayi anda mengalami jaundis. Bagi bayi berkulit gelap, boleh periksa gusi atau mata putih. Jika tahapnya didapati tinggi, bayi perlu diberikan rawatan.
 
Biasanya tidak memerlukan rawatan. Jika memerlukan rawatan, rawatan yang dibuat ialah menggunakan phototerapi iaitu menggunakan cahaya. Bayi dibogelkan, mata ditutup dan diletakan dibawah cahaya 'bililight'. Rawatan ini diteruskan sehingga tahap bilirubin menurun. Kini rawatan ini boleh dilakukan di rumah. Jika ditahap yang terlalu tinggi, penukaran darah akan dilakukan.
 
1. Jaundis Normal/Physiologic
Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.
  • Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerapnya. Kolostrum akan bertindak sebagai laxative dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin. Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis.
  • Elakan mengambil air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98% keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi anda kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.
  • Galakan bayi anda berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Jaundis menyebabkan bayi anda mengantuk.
  • Jika bayi anda tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3 kali sehari, cuba perah susu anda menggunakan tangan atau pam. Dan berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi anda akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini.
  • Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak di dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulitnya adalah sensitif jangan diletakan secara terus kepada cahaya.
  • Elakan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor anda tahu dadah yang anda ambil, jadi anda boleh hentikan atau mencari penganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya
2. Jaudis Pathologic
Bayi perlu mendapat rawatan segera. Penyusuan badan perlu diteruskan. Kolostrum dan susu yang diterima akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. Bayi yang sakit memerlukan lebih susu badan berbanding bayi yang sihat. Dalam kes tertentu bayi akan perlu menjalani penukaran darah. Ini adalah langkah paling cepat dan perlu jika bayi mencapai tahap tertentu melebihi 26mg/ld. Namun kurang dilakukan kerana proses phototerapi biasanya mujarab. Bayi akan mengantuk dan lemah untuk menyusu. Anda mungkin memerlukan pam untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi anda.
 
3. Jaudis Susu Ibu
Penyebabnya kurang dapat dipastikan. Bayi boleh diberi susu formula buat seketika. Biasanya tahapnya akan turun dan meningkat semula apabila menyusu badan. Namun anda tidak patt memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan adalah susu yang terbaik.
 
Adakah ianya merbahaya?
 
Kebanyakan kes jaundis tidak merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy.
Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalh yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu.
Bayi yang menghidap jaundis perlu mendapat susu yang cukup untuk mengelak menjadi kekeringan.

fahim kena jaundice.. admitted di NICU, Hosp. Kangar (3h2m)
My Little Zorro..

kronologi: lahirnye babyD ke dunia..

Duedate umy mengikut kiraan tarikh period jatuh pada 8hb APRIL 2011, hari jumaat... memang umy mengharapkan babyD lahir pada hari jumaat, tarikh nya tak kisah.. lagi best kalau2 jatuh pada tarikh lahir dhia 17hb APRIL... ekeke.. tapi tak kisah la.. asalkan semuanya selamat..

kali ni umy amik cuti bersalin selama 90 hari.. babah mintak umy breastfeeding babyD sehingga 3 bulan kalau mampu.. i.allah.. so, umy mula bercuti 4 hari awal dari tarikh duedate.. umy start cuti 4hb April (isnin).. so, selama 4 hari umy dirumah bersama kakak dhia, takde pon tanda2 nak bersalin.. sakit sengal2 sikit2 tuh adalah.. hari rabu umy terasa sakit pinggang tak takde la rasa kuat sangat.. bibik (maid SIL) dia ni bidan masa di Indon.. dia suh umy makan telur ayam kampung mentah 1 biji + milo suam.. untuk mudah pintu rahim terbuka.. so, umy telan jugak la wpon rasa loya tekak pada mulanya.. tp malam tu ok je.. esoknye pon ok...sempat lagi umy sagat ubi kayu buat bingka.. siap hulur ke rumah jiran sebelah.. ekekeke

8.30am (8/4/2011)
pada hari jumaat pagi seperti biasa, umy bangun buat sarapan pagi.. menu breakfast pagi tu cucur jagung atau jemput2 jagung.. lebih kurang pukul 8.30am, umy call mak di kampung.. mak dah siap apply cuti hari ni untuk kemas2 katil nak sambut kehadiran cucu baru..
mak: belum sakit lagi ke?
umy: belum lagi.. sakit gitu2 je la.. takde pon sakit macam nak bersalin..
mak: emm.. takpa laa.. lambat lagi kot.. tapi mak dulu bersalin kat angah tepat2 ondue 14/8/1983.. nanti apa2 call bgtau..
umy: ok, insyaAllah...

9.30am
umy dah mula rasa sakit2.. tapi tak konsisten dan tak kerap.. sakit pon sikit2 je.. babah siap2 nak pegi ke tempat kerja.. kebetulan hari ni babah ada keje kat bengkel besi di Sungai Ara, tak jauh la dari rumah.. kalau ade hal emergency boleh balik cepat...
umy: dah terasa sakit sikit2 ni, tapi tak kuat sangat.. tak konsisten..
babah: so, nak pegi hospital dah ke?
umy: tak payah laa.. kejap lagi kalau2 dah turun tanda darah atau pecah ketuban, umy call babah balik laa.. kita pi hospital..
kebetulan hari ni tak hantar dhia ke skool.. dia teman umy kat rumah..

11.00am
sakit semakin kerap.. setiap 5 minit tapi tak kuat sangat.. boleh lagi dok layan sms dari yanna jenna, iedasara dan kawan umy nurul.. dia pon tengah tunggu due bulan april jugak.. umy gtau ieda yang umy dah rasa sakit pinggang, rasa macam nak buang air besar berak pon hade bila duduk selepas berjalan.. ieda cakap tu dah tanda.. cepat pegi hosp.. tapi umy gtau belum turun tanda lagi.. takut kena dok lama kat wad..

11.30am
call mak gtau dah rasa sakit2.. mak suruh pegi KKIA berhampiran, cek bukaan serviks dulu.. kalau dah buka baru pegi MH.. umy pulak malas nak renyah2 pegi KKIA.. baik siap2 pegi hosp terus.. kebetulan sms dengan nurul, dia cakap suruh babah balik.. pegi terus hosp.. umy masih berkira2 lagi nak pegi hosp atau tak.. huhu.. kebetulan 2nd SIL call tanya perkembangan.. umy gtau perkara yang sama.. dia suruh cepat2 pergi hosp.. takut tak sempat pulak.. sebab anak no.2 ni bukaan nye cepat.. tak lupa jugak dia pesan suruh makan telur itik ayam kampung+milo.. umy terus call babah balik rumah.. sempat jugak telan 1biji telur ayam kampung mentah+milo..

12.00pm
babah sampai ke rumah.. umy sempat lagi dok kemas2 rumah.. basuh pinggan dulu.. kemas2 beg2 baju sbb lepas discharged terus balik ke perlis.. bingka ubi kayu umy letak dalam oven.. tak abes pon makan.. siap2 mengemas terus hantar dhia ke rumah mak saudara babah.. selalunya dhia suka sangat kalau pegi umah kak elisha, tapi hari ni dia macam paham2 je.. menanges semahu2nya nak ikut babah..

12.30pm
teringat dhia ada mintak nak makan pisang mas, kami pusing balik belikan dhia pisang dulu.. hantar ke rumah mak sedara babah.. bila dhia nampak kami, terus meraung2 nak ikut.. sedih pulak umy tengok.. tak sampai hati rasanya.. tapi apakan daya.. babah nak teman umy kat wad.. nanti nak masuk dalam LR.. kalau bawak dhia sapa nak jaga..???
perjalanan dari rumah (balik pulau) ke MH rasa macam jauh sangat.. kebetulan pulak time lunch ari jumaat, ramai yang sibuk2 nak pegi makan dan solat jumaat.. tak kurang pulak yang keluar shopping.. lunch break keta panjang la katakan...
dalam keta umy dok tahan je sakit kontraksi tu, wpon lite pain, tp terasa jugak.. setiap 5minit sakit tu datang dan pergi... jauhnye rasa nak sampai MH.. huhuhu

1.45pm
sampai kat MH.. babah pegi parking keta, umy pegi register sendiri.. terkedek-kedek macam itik pulang petang.. huhu.. sementara tunggu nama dipanggil umy tingat kawan2 umy penah cite pasal melahirkan anak ke2 dan seterusnya.. kadang laluan dah terbuka, tp tak sakit pon.. bila cek dah 4-5cm.. so, umy mengharapkan at least jalan dah buka 3-4cm memandangkan umy dah sakit setiap 5 minit..

2.00pm
nes panggil untuk pemeriksaan..
doktor: awak datang sebab apa? ada turun tanda? darah atau ketuban..?
umy: takde.. sakit kontraksi je.. setiap 5 minit..
doktor: anak yang keberapa ni?
umy: kedua..
doktor: yang sulung normal ke?
umy: normal + vacuum..
doktor: kenapa?
umy: pro-longed labor 2nd stage.. kena masuk NICU tambah oksigen..
doktor: emmm... lepas nes amik BP, saya akan cek bukaan pintu serviks..
umy: ok...
(dalam hati umy, biarlah dah terbuka laluan nya.. kalau kena balik, jenuh laa..)
doktor: jalan baru buka 1cm ni.. kalau strechable baru 2cm..
umy: yeke? huhuhu.. (dalam hati.. sakit punya la tak tahan, baru 2 cm..)
doktor: selalunya bila anak no.2, kami bagi masa sehingga 6jam untuk laluan terbuka sepenuhnya.. nanti admit wad ya..
umy: 6jam?? harap2 betul kata doktor tu.. andai mengikut perkiraan dalam pukul 8 malam umy akan bersalin nanti...

3.30pm
siap CTG sume, babah datang antar menu lunch.. makan nasi pun dah tak bape nak selera, tapi gagahkan jugak sbb takut takde tenaga nak push nanti.. sakit semakin kuat tapi masih lagi setiap 5 minit.. huhu

4.00pm
nes panggil untuk scan keadaan baby.. sempat lagi doktor tanya umy dah tau ke jantina baby.. umy cakap dah tau.. maybe boy.. doc pon cakap mende yang sama.. doc estimate berat baby dalam 2.6kg+ je.. huhu.. kecik pulak umy rasa babyD neh.. takpe la.. asalkan sehat dan selamat kuar alhamdulillah..

5.00pm
babah masuk time melawat.. kontraksi makin kuat.. babah suh umy pegi cek bukaan serviks.. umy malas la kalu doktor nak seluk2 ulang2 kali.. sakit pulak tu..
babah: harap2 sha bersalin malam ni jugak.. lepas bersalin boleh abang balik rumah.. kesian kakak mesti tak boleh tido umah elisha..
umy: harap2 macam tu jugak.. doc ckp dlm masa 6 jam bersalin la.. lagipon sakit sangat dah ni.. nak jalan pon susah..
babah: abang panggil nes la.. pegi cek tengok..
umy: emmm.. malas la.. kang baru 3cm penat je kena seluk..
babah: takpe.. nanti abang panggil nes..

5.30pm
nes datang bawak wheel chair.. lega tak payah berjalan.. lepas doktor cek, bukaan dah 5cm.. dah boleh masuk LR.. darah + ketuban tak keluar pon.. huhu.. umy mintak untuk minum dulu sebelum masuk LR.. hampeh betul nes, tadi datang siap sorong aku dengan wheelchair macam puteri raja, masa balik kena jalan kaki.. huhu.. adoi laaa... sebelum masuk LR sempat umy makan lagi 2 biji telur ayam kampung + milo.. kira 4 biji telur ayam kampung umy telan.. moga2 dipermudahkan urusan..

6.00pm
umy disorong ke LR.. babah menanti diluar sementara nes nak pasangkan drip di tangan umy.. doktor pelatih datang untuk pecahkan ketuban.. lepas air ketuban pecah, terasa sakit yang teramat sangat.. nes offer untuk umy sedut gas bagi mengurangkan sakit kontraksi...berulang2 kali umy tanya nes, bila babah buleh masuk.. nes cakap bila semua dah siap, diorang akan panggil babah masuk.. legaaa..

6.30pm
babah masuk dalam LR menemani umy.. kesakitan makin terasa, umy dah mula mengeluarkan air mata.. sakit yang tak tertahan2.. umy ingat umy mampu menahan diri dari menangis kali ni, rupa2nya tak.. umy tak sekuat yang disangka.. huhuhu...

7.00pm
umy panggil nes untuk cek bukaan serviks.. nes cakap baru 6-7cm... huhuhu.. lambat lagi rasanya.. nes pesan supaya jangan teran... dengar patient bilik sebelah menjerit2 sakit.. lagi terharu umy dibuatnya..

7.20pm
sakit kontraksi makin kuat, umy dah tak tahan sangat2.. terasa seolah2 kepala babyD nak keluar dah...  terasa macam nak buang air besar.. macam2 rasa... umy panggil nes untuk cek bukaan serviks.. malangnye stafnes pelatih yang cek..
s/nes pelatih: bukaan masih 6-7cm lagi.. awak jangan teran.. biar dia buka sendiri..
umy: hahhhh?? mustahil.. saya rasa macam nak bersalin sangat2 dah ni.. kepala baby dah rasa nak keluar..
s/nes pelatih : belum.. kalau dah sampai masa akan ada tanda.. vagina dan dubur kita akan mengembang macam bunga..
umy: saya rasa dah macam tu nes.. nes tengok la masa saya kontraksi baru la nampak.. kalu masa tak kontraksi mmg la tak kembang.. umy dah mula tinggi suara..
s/nes pelatih: nanti saya panggilkan doktor..

7.30pm
s/nes veteran datang.. dia cek bukaan serviks.. dah 10cm dah ni, bukan 6-7cm (sambil pandang nes pelatih).. dah boleh teran dah.. s/nes tu ajar cara2 untuk teran.. 2kali push yang pertama babyD belum kuar. tapi kepala sudah nampak.. kali ke3 umy push, umy rasa babyD dah keluar.. so, umy stop push sambil menarik nafas lega+mengepit peha.. s/nes veteran jerit... push lagi.. belum kuar abes lagi... laaaaa... ingatkan dah kuar.. umy tarik nafas sedalam2 nya dan push..

7.52pm
prakkkk.. terasa vagina umy terkoyak dan babyD meluncur keluar.. sebenarnya nes tak buat episotomi sbb ingat babyD kecik 2.6kg+.. tak sangka pulak berat babyD kuar lebih dari tu.. huhuhu.. alhamdulillah.. nes tunjukkan babyD pada umy.. dia tanya boy or girl.. umy cakap boy... syukur sangat2, alhamdulillah.. nikmat yang tidak terhingga... selepas babyD dibersihkan dan diambil ukuran, nes serahkan pada babah untuk diazan..
5 jam selepas dilahirkan
Nama: AHMAD FAHIM DARWISY BIN AHMAD HADILLA
D.O.B: 8hb APRIL 2011 (Jumaat) -ondue 40weeks
Time: 7.52pm
P.O.B: MATERNITY HOSPITAL PULAU PINANG (MHPP)
Berat/Tinggi: 2.9kg/49cm

P/S: betul cakap doktor, anak sulung masa diberikan 12jam untuk bukaan serviks.. bagi anak ke2 tempoh diberikan hanya 6jam.. kiranya umy amik masa dari 2.oopm - 7.30pm (5 1/2jam) untuk bukaan serviks 10cm..alhamdulillah, Allah swt permudahkan urusan umy.. terima kasih bagi yang berdoa untuk keselamatan umy dan babyD..