Wednesday, March 31, 2010

cikgu bedah (bukan nama sebenar)

dhia suka sangat kaco umy.. kalu umy pakai spek kat umah, mmg dia suka sangat nak rebut.. actually pic ni bulan feb 2010.. tapi lupa nak post kat blog.. ekeke...
"ada gaya cikgu tak shaye, aunty..?"





Tuesday, March 30, 2010

TAG sepuluh aka 10..

dapat TAG dari ibu OR pulak.. huhu.. layan je la bohsan2 nih.. ekeke


Copy tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya

dah lama tak guna bahasa Melayu sepenuhnya.. hihi.. ayat kena skema jugak ke?

[1] Siapakah diri anda di rumah?


Di rumah yang saya tinggal sekarang, saya seorang isteri kepada Ahmad Hadilla B. Hamid, umy kepada Dhia Khadijah Sufiyyah dan satu-satunya menantu perempuan (setakat ni, ok..) kepada Puan Maizom Bt Othman.. Menjalankan tugas-tugas seorang surirumah tangga sepenuh masa tatkala berada dirumah selepas waktu pejabat dan hari minggu atau cuti umum...

Sekiranya di rumah mak saya di Perlis, saya juga seorang kakak kepada 3 orang adik lelaki, seorang adik perempuan kepada seorang kakak, seorang adik ipar kepada seorang abang ipar, anak kedua kepada Hj Mustapa Kamal Bin Hj Mohd Daud dan Hjh Mahani Bt Hj Abdullah..

[2] Siapakah diri anda disamping rakan?


Saya seorang yang periang, tak kedekut (puji diri jugak..), suka bersembang2... senang di minta tolong (ni kes tolong buat keje orang kadang kala ku jadik kambing berbulu hitam, hokey..), seorang je rakas sekerja Tang, komen muka saya ni serius semasa menghadap laptop.. (konon2 sibuk buat keje, padahal tengah layan YM atau Blog..haha), tidak cepat terasa hati sekiranya dikutuk dengan kawan-kawan masa sesi kutuk mengutuk.. hahaha (bunyi gelak..)

[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai

Saya mengidam? belum lagi sebab tak pasti sekiranya berbadan dua atau tidak.. tapi, saya mengimpikan..
  • Sebuah rumah atas nama sendiri tak kisah rumah kecil asalkan rumah berlaman... (padahal nak rumah besar lebih 1500 kaki persegi dengan keluasan tanah lebih 4000 kaki persegi..)
  • Seorang 2 orang anak lelaki dan 1 orang anak perempuan.. (sebab baru ada seorang anak perempuan yang comel dan manja..skema gila ayat)
  • ingin melihat matahari terbenam bersama suami tersayang dan menghayati keindahan panorama disaat itu.. (selalu balik keja dan lewat, sampai rumah pukul 7 malam.. terlalu sibuk sehingga terlupa nak tengok mataharri terbenam dalam suasana romantis..)
  • Melancong ke 7 tempat ajaib dunia.. (sekarang sudah menjadi 8 tempat ajaib kalau tidak salah saya) termasuk mengerjakan haji dan umrah..
  • Nak berhenti kerja, selepas itu membuka perniagaan sendiri, ingin menjadi bos besar, duit banyak.... juta2 woooo.... hahahaha (bunyi gelak)
[4] Siapakah nama pasangan anda?
Ahmad Hadilla Bin Hamid

[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
Saya suka pasangan saya sebab..
  • Beliau seorang yang pendiam dan pendengar yang baik dikala saya berleter atau sedang meluahkan perasaan tidak puashati..
  • Suka masak untuk saya sekiranya saya letih atau tidak sihat atau berpuasa.. (konon2 nye, padahal bini dia tak reti masak.. aka tidak sedap)
  • Suka menjaga anak sewaktu saya membuat kerja-kerja rumah.. baik hati, penyayang..
  • tidak akan berputus asa atau melakukan kerja separuh jalan.. bersungguh-sungguh melakukan sesuatu kerja.
  • Suami saya juga seperti saya, kami tidak suka membebel sewaktu membuat kerja.. lebih suka fokus sesuatu tanpa mengomel.. mungkin itu 1 keserasian antara kami..
[6] Bila tarikh anda couple?
Tidak ada tarikh untuk kami berpasangan... perkenalan pada 31 Januari 2006 membawa kepada sebuah persahabatan.. seterusnya sebuah perhubungan, dan ikatan... (sendiri2 paham suka sama suka kot.. haha)

[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

Terlalu banyak kenangan pahit untuk dikenang..
sebelum perkahwinan,
sebuah percintaan yang tidak direstui oleh keluarga pihak perempuan.. akhirnya kami disatukan dalam majlis yang penuh makna bagi semua pihak..
selepas perkahwinan,
kami diuji dengan keguguran kandunganku yang pertama sewaktu kandungan berusia hampir 12 minggu.. cahaya cinta kami yang pertama..
selepas mendapat anak,
di uji dengan kehadiran insan ketiga.. huhu.. (sekarang dah ok)

[8] Lagu tema cinta anda?
K-Ci & Jojo - All My Life (ni lagu bahasa inggeris).. lagu amergadon tu.. lupa tajuknye.. oh ye, I dont want to miss a thing..

[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Saya hanya ingin melihat suami saya berhenti merokok.. (ayat ayu.. tapi impian saya juga sama..)

[10] Tag 10 rakan ada yang lain
  • ct@ibu zafran
  • mummy zara
  • dilla@mummy sofea
sapa2 je laa.. hihi

p/s: bila saya membaca semula penulisan saya diatas, saya ketawa seorang diri.. sungguh teruk penggunaan ayat yang saya gunakan.. sedangkan saya mendapat A+ dalam bahasa melayu sewaktu SPM... perlukan pergi kursus bahasa melayu atau ambil peperiksaan Julai untuk bahasa melayu semula... ???

bahulu batik..

semalam umy de melawat beberapa dapur dalam blog umy ni.. sume sibuk buat Bahulu Batik Mekar Kukus ni.. ade yang buat tapi tak mekar... tapi umy memang sukaaaaa sangat makan bahulu kukus ni.. dah lama cari resepi ni.. so, bila dah jumpa.. terus decide nak buat..

semalam pas balik keje, umy terus pi cari bahan2 kat pasific.. umy ni tak reti masak.. bahan2 pon ade yang tak kenal... hahaha.. yang kelakarnye, masa umy nak beli ovalette, umy tersilap amik pelembut roti/kek (warna putih).. masa nk bayar tu, umy teringat member umy, dia ni belajar course pastry kat FIM.. terus umy call dia tanya, pelembut roti ngan ovallete tu mende yang sama ke?... nampak nye umy tersalah amik bahan... ovallete tu kaler kuning/oren sikit.. ekeke.. seb baik lagi.. kalu tak memang tak menjadi la kuih umy ni.. ekekeke.. nampak sangat la umy ni tak ke dapur kan? huhu..

minta halal ye resepi ni... umy copy dari dapur secubit garam.. pic bahulu akak ni mekar je.. best betulll.. teknik photoshot dia pon menarik.. umy je guna kamera hp cikai jaa.. janji puashati sebab kuih sedappp.. haha


Resepi Asal: Bahulu Batik Mekar Kukus by K.Fida MyR
  • 125 g tepung gandum*
  • 1 sk baking powder* (*ayak bersama)
  • 115 g gula halus
  • 1/2 sk penuh ovallete
  • 4 1/4 sb susu cair
  • 1 biji telur - A
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 1 sk choc. pes (1 sb koko dibancuh air jadikan pes)- umy tak tau choc. pes tu ape.. huhu.. umy guna pewarna hijau je.. ekeke
  1. Panaskan kukusan. Sediakan papercup beralas mangkuk alum.
  2. Pukul semua bahan kecuali choc pes hingga sebati dan pekat.
  3. Adunan dibahagi dua dan bubuh choc pes pd satu bahagian.
  4. Bubuh adunan berselan-seli dlm papercup yg tersedia hingga habis.
  5. Kukus hingga mekar selama 10-15 min dgn api kuat.
  6. Sejukkan kuih dan boleh disajikan.
p/s: Oleh kerana umy memang nak buat lebih, umy buat 2 kali ganda.. umy guna peringatan kak nor ni untuk double resepi..

#peringatan utk K.Nor dikemudian hari :
1. utk dua adunan, sukatan gula cuma 190gm
2. disebabkan adunan nampak agak pekat K.Nor tambah 60ml minyak sayuran dlm adunan (bukan kata salah resipi tp berkemungkinan besar telur yg K.Nor guna dah lama sket kut) - umy buat pon agak pekat.. umy tambah 30ml minyak zaiton, 2 sb susu dan sedikit air untuk kurangkan kepekatan adunan..
3. letak adunan 3/4 penuh cup aje.


1) meja selerak..(tu pon dah kemas sikit).. penimbang baru beli semata2 nak buat kuih ni, okey.. ekeke

2) adunan yang sedia di kukus..


3) umy buat 2 versi kaler.. hijau putih, putih hijau.. bukan pas ok.. haha..



p/s: actually umy cari papercup macam pic di atas tu, tapi tak jumpa.. umy guna cup biasa je.. 1 adunan dapat 12biji.. so, umy buat double dapat 24biji.. umy bekalkan dhia ke neseri 2 biji, bawak ke opis 10biji.. kawan2 umy kata sedappp.. hihi

p/s: yang sedihnye, umy tak pasti my MIL ade ke tak mesin putar adunan tu.. umy cari tak de pon.. cari senduk pukul bahulu pun takde.. huhu.. umy try blend, tapi tak buleh sebab pekat sangat.. last2 umy pukul adunan guna sudu je.. tu adunan kurang kembang sikit.. tapi, masa mula2 umy buka penutup periuk kukus tu, menjerit umy kat dapur.. sebab terkejut kuih umy menjadi... ekeke..

p/s: ade rezeki nk beli gadget la untuk main masak2.. best pulak.. hihi

Seminar ISO 9001:2008

Jumaat minggu lepas umy pi seminar mengenai ISO kat Hotel Sunway.. umy banyak melantak setelah 3 hari puasa.. hahaha...


aksi dhia

dhia dah melasak sangat sekarang ni.. ni antara aksi2 dhia.. huhu..


1) dhia dok sibuk kaco abang2 ngan kakak2 bersilat ngan babah..

2) macam boboy pulak.. la ni memang takmau dah naik walker sangat.. walker tu dulu dijadikan push walker, skng ni dhia buat panjat2 pulak..
3) horeyy.. gini la aksi dhia kalu umy/babah tanya.. "sape nama khadijah sufiyyah angkat tangan?" terus laju je angkat tangan.. hiihii


4) ni pulak aksi dok masuk celah buai ngan walker.. suka sangat buat gitu.. kadang tu bila dah masuk dalam tu, tak buleh kuar, tersepit celah2 tu.. huhu.. kadang tu tergolek2.. huhu

Monday, March 29, 2010

rantai besaq?? beratttt...??

kekenyangan betul hari ni (melantak di Hotel Sunway).. tadi masa tengahari ku try timbang berat kat farmasi.. guna penimbang yang buleh baca % body fat tu.. huhu.. masa timbang tu, baru lepas santap menu minum pagi kat hotel sunway.. result dia gini.. huhu.. actually ku tak paham sangat nak kira % tu ke kg.. huhu.. yang ku paham, ku kena kurangkan lagi lemak dalam badan ni... adesss..

body fat = 32%
body water = 49.5% (good.. >45%)
muscle = 34.7% (ok la.. >34%)
kalori diperlukan = 1600++ kcal/day
bone mass = 6.5kg
berat = 56.5kg + berat baju ngan rantai besar kot.. haha (ideal weight 54.8kg)

besar mana rantai umy tu yang koya besaq tu? yang kata berat tu..??? rantai ikat gajah ka ikat kapal ka? hahaha.. ni diaa... ekeke


as usual.. pic dalam toilet..

Sunday, March 28, 2010

tooth chart

umy selalu tengok tooth chart nawfal.. so, umy pon tingin nak buat tooth chart dhia.. ade tarikh yang lama2 tu umy lupa.. ekekeke.. umy dah ada 5 batang gigi hokey.. 3 atas, 2 bawah... hihi.. so cuteeee !!!


week 2 - day 5

Today umy ade Seminar di Hotel Sunway, Penang...

breakfast - 1 bun butterscotch + 500ml H2O
minum pagi - 1 piring koew teaw goreng & isi ikan (mcm sosej pon ade... tapi sedappp) + 1 cup muffin + 3 pcs onion ring + 1 cup teh + 500ml H2O (sume menu hotel..) - banyak makan.. lapo.. haha
lunch - 2 bun butterscotch + 250ml ribena (dalam keta ni..)
malam - nasi lemak + 1 ketul ayam berempah (PKR buat majlis makan2 aka ceramah PKR.. ku pegi makan, terus balik.. wakakaka)

p/s: kenyang wooo...

week 2 - day 4

puasa jugak.. hari ni babah pon teman umy puasa.. hihi..

sahur - 250ml H2O
menu berbuka - naan cheese tandoori.. (beli jaa.. huhu) + H2O

p/s: esok tak puasa, sebab ade seminar.. lagi pon 3 hari umy puasa, terasa letihhhh sangat.. adakah sebab kurang H2O..? lepas berbuka posa hari ni, umy macam tak larat nk buat pape keje, penat + letihhhh sangat.. lemah seluruh badan.. kenapa ekk? huhu

Thursday, March 25, 2010

bufday invitation



Attention to all bloggers !!!

Actually my SIL nak buat akikah anak dia, Mohammad Fahrin Imran pada 24/04/2010 ni.. Memandangkan dhia akan genap 1 tahun pada 17/04/2010 ni (23 days to go..) so, umy & babah decide nak join majlis imran untuk buat bufday dhia sekali.. so, kami sekeluarga ingin menjemput semua rakan2 umy & babah ke 1st Bufday Party Dhia Khadijah Sufiyyah...

Date: 24th April 2010 (Saturday)
Venue: 37 A, Mukim E, Titi Teras, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
Time: 12.30 pm - 2.30 pm..
Theme : No theme.. apa2 pun buleh..
Activities : Marhaban, Acara Potong Kek, Makan2...

p/s: Doorgift
juga akan diberikan untuk kanak2 yang hadir memeriahkan majlis ini..


khamis - baju batik

setiap hari khamis, sume kakitangan kerajaan kena pakai baju batik ke pejabat.. hari ni umy ade meeting, so umy decide nak pakai baju kebaya ngan pario ni.. batik ke makcik oii? huhu.. masuk je bilik meeting ade 3 orang officer aka kawan2 umy yang tak pakai baju batik.. pengarah umy pon mulakan sesi soal siasat, kenapa tak pakai baju batik.. 2 orang bagi alasan buka lupa tapi tak ingat, sorang lagi bagi alasan sengaja tak pakai, sebab nak buat keje luar.. huhu.. seb baik umy tak kena tanya.. sebab bukan baju batik umy pakai.. huhu..


umy yang suka posing lam toilet.. haha

Wednesday, March 24, 2010

week 2 - day 3

umy posa gak ari ni.. menu berbuka hari ni beli je kat pasar malam depan KKTM.. ekeke

sahur - 250ml H2O
menu berbuka (beli je.. ekeke)
  • nasi kerabu berlauk ayam+telur masin+solok lada (tq ayu..) - share ngan babah
  • yong tau fu - share ngan babah
  • laksam - babah punya, tumpang rasa kuah sikit.. ekeke
  • 500ml H2O
p/s: berat maintain je walaupon posa.. agaknye sebab kurang minum H2O.. huhu..

week 2 - day 2

umy puasa ganti ari ni.. so, babah decide nak masak ari ni.. dia suh umy rest je..

sahur - 250ml H2O
menu berbuka (babah masak okey.. simple je sebab takde bahan kat umah, hehe..)
  • hati ayam masak kicap
  • sambal tumis sardin + kentang
  • telur dadar
  • sayur campur goreng telur
  • ikan masin goreng
  • ABC (beli..)
p/s: umy makan serba sikit je, tapi sayur umy ratah sampai abes semangkuk.. H2O tak pasti bape ml.. perot full.. ekeke

dhia's hair style

bestnye bila ade anak perempuan pastu rambut dah panjang.. mula la ibu2 nak buat macam2 style rambut kat anak perempuan dia.. dhia pon tak terlepas jugak.. banyak umy beli aksesori untuk rambut dhia.. hairclip, hairband, getah rambut kecik2, sepit kecik2.. macam2 la.. pic aksesori esok umy upload ok.. so, jom kita tengok gaya rambut dhia.. hihi..


1) style rambut mcm boboy.. ekeke 2) rambut tocang 1 sebelah je..

3) rambut tocang 1...

4) rambut tocang 2 berreben pink..

5) tocang 6.. ekeke.. macam style negro.. ni cikgu kat sekolah yang buat hokey.. ekeke

p/s: mommy2 lain kat luar sana, kalu ade style rambut lain dari yang umy buat ni, gtau laa.. nak jugak buat kat dhia.. ok.. :)

Sunday, March 21, 2010

anak gemuk


MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK YANG GEMUK


Kanak-kanak yang terlalu gemuk memang mudah dikenali tetapi cara-cara mengenali kegemukan dengan cara saintifik boleh digunakan dengan mengukur timbang berat dan tinggi seseorang kanak-kanak itu dan perkembangannya itu dicatatkan berdasarkan rajah pertumbuhan kanak-kanak. Para doktor kemudian akan mendapat bayangan secara grafik akan kegemukan seseorang itu. Satu lagi cara yang digunakan oleh para penyelidik kegemukan ialah mengukur ketebalan kulit kanak-kanak seperti dibahagian belakang lengan (triceps). Ada rajah-rajah yang boleh digunakan untuk membandingkan ketebalan kulit dibahagian triceps kanak-kanak itu. Lipatan kulit triceps bagi kanak-kanak yang gemuk adalah tebal tetapi cara ukuran seperti ini lebih digunakan dalam penyelidikan-penyelidikan sahaja.

Berbagai-bagai pendapat tentang punca kegemukan telah dikemukakan oleh para penyelidik. Puncanya agak kompleks dan ada banyak hubungkait dengan memakan lebih dari keperluan tumbesaran dan aktiviti , faktor-faktor baka , fizikal , psikologi dan sosial. Kebanyakan dari penyelidik berpendapat bahawa bayi-bayi yang gemuk mempunyai risiko yang tinggi untuk terus gemuk pada peringkat dewasa. Ada pula yang mengatakan bahawa kegemukan yang bermula dari peringkat kanak-kanak berumur enam tahun keatas akan lebih mudah berterusan kepada peringkat dewasa kelak. Apakah asas pada pendapat ini? Menurut pendapat seorang penyelidik, kegemukan seseorang itu berpunca dari jumlah dan saiz sel-sel lemak (fac cells). Sel-sel ini bertambah didalam badan dengan pesatnya dari beberapa peringkat: (I) pada peringkat akhir kandungan (third trimester) (ii) berterusan sehingga usia bayi enam tahun keatas. Adalah difikirkan bahawa peringkat-peringkat ini sangat kritikal dalam menunjukkan kegemukan dikalangan kanak-kanak jika terlalu banyak bahan makanan diberikan kepada mereka.


Tetapi adakah kegemukan itu merbahaya?
Bahaya kegemukan
Sudah memang tidak boleh dinafikan lagi bahawa kegemukan dikalangan orang-orang dewasa akan meninggikan risiko untuk mereka mengalami beberapa penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung, penyakit kencing manis dan penyakit sendi-sendi (osteoarthritis). Dari itu untuk mengelakkan terdapatnya penyakit-penyakit ini kegemukan perlulah dielakkan. Ini bermakna kegemukan mestilah dicegah dan dihindarkan dari peringkat bayi dan kanak-kanak. Punca-punca kemukan pada kedua-dua peringkat ini berbeza. Oleh itu kegemukan pada kedua-dua peringkat ini akan dibincangkan secara bersingan.

Kegemukan dikalangan bayi-bayi
Jika susu diberi dengan berlebihan, ia boleh mengakibatkan seseorang bayi itu menjadi gemuk. Terdapat banyak penyelidikan yang menunjukkan kumpulan kanak-kanak yang diberi susu tepung lebih gemuk dari kumpulan kanak-kanak yang diberi susu badan. Para ibu yang memberi susu tepung selalu menggalakkan bayi-bayi mereka menghabiskan susu didalam botol dengan tidak mengira sama ada bayi mereka itu mengantuk, sudah kenyang atau tidak ingin terus menghisap susu. Jika susu yang lebih pekat diberikan, kalori juga akan bertambah dan ini boleh mengakibatkan bayi itu menjadi gemuk. Satu punca penting yang membawa kepada kegemukan bayi ialah jika ibu memulakan makanan peralihan seperti pepejal terlalu awal sebelum usia bayi empat bulan.

Kadangkala telur dan juga daging yang telah diperhaluskan diberi dan ini semua menyebabkan bayi itu mendapat jumlah kalori yang terlalu tinggi daripada keperluannya. Satu penyelidikkan menunjukan bahawa bayi -bayi yang mendapat susu badan lebih aktif , kurang tidur dan lebih mendapat stimulasi dari bayi -bayi yang diberi susu tepung. Mereka juga lebih kerap menghisap dan semua ini mungkin menyebabkan penggunaan kalori yang lebih banyak daripada bayi -bayi yang diberi susu tepung .

Cara -cara ibu memberi makan bayinya juga boleh menentukan kegemukan atau keadaan bayi yang tidak subur. Ibu -ibu yang kurang berpengalaman boleh memberi bayi -bayi mereka bancuhan susu yang kurang padat membiarkan bayi mereka itu terus tidur walaupun sudah sepatutnya meminum susu. Sebaliknya juga ada ibu -ibu yang memberi susu formula tepung dengan berlebihan dan gelisah jika bayi -bayi mereka tidak menghabiskan susu yang disediakan. Ada juga yang mendapatkan bancuhan susu. Ada ibu -ibu yang sangat sukakan bayi -bayi mereka gemuk kerana pada perasaan mereka ini adalah sihat dan cantik.

Mencegah kegemukan dikalangan bayi -bayi.
Memang jelaslah bahawa tanggungjawab untuk mencegah kegemukan terletak pada ibu -ibu sendiri. Pengetahuan tentang jenis -jenis makanan yang berkalori tinggi , cara menyediakan susu serta memahami kelakuan bayi adalah penting untuk mengetahui cara -cara untuk mengurangkan atau mengelakkan kegemukan di kalangan bayi -bayi mereka. Pakar -pakar kanak -kanak menyarankan ibu -ibu memberi bayi mereka susu bandan untuk mengelakan kegemukan ; selain daripada mengelakan kesan -kesan negatif yang dikaitkan dengan susu formula tepung. Ibu -ibu perlulah faham bahawa bayi berbeza keinginannya untuk menghisap dari masa ke masa , biasanya bayi -bayi kurang ingin menyusu apabila dia meningkat usia setahun.

Penggunaan rajah -rajah pertumbuhan boleh membantu ibu -ibu mengesan kegemukan. Makanan peralihan seperti bijirin , telur , daging yang diperhaluskan mestilah diberi selepas usia bayi meningkat empat bulan. Pemberian jus buah -buahan dengan kerapnya akan menambahkan jumlah kalori yang membawa kepada kegemukan. Bayi patut digalakkan untuk mengerakan badannya selalu. Bayi -bayi yang berusia dibawah dua belas bulan yang gemuk disarankan supaya tidak mendapat lebih daripada 30 auns susu dalam sehari. Jika bayi masih ingin menyusu adalah disarankan supaya diberi hanya air yang telah dimasak dan disejukan
Matlamat yang ingin dicapai dalam rawatan bayi -bayi yang gemuk bukanlah untuk mengurangkan timbang beratnya tetapi hanya untuk mengurangkan kelajuan timbang beratnya meningkat supaya sejajar dengan kelajuan meningkatnya ukuran panjangnya.

Akibat kegemukan di kalangan bayi-bayi
Pakar kanak-kanak mendapati ramai bayi-bayi yang gemuk lebih kerap mendapat penyakit paru-paru. Ini mungkin ada kaitannta dengan kekurangan fungsi pernafasan akibat kegemukan,. Ada juga kemungkinan kuasa perlindungannya (immunity ) lebih rendah dari kanak-kanak biasa.

Kegemukan pada peringkat kanak-kanak dan remaja
Selepas peringkat bayi faktor-faktor yang boleh mewujudkan kegemukan dikalangan kanak-kanak dan peringkat remaja adalah berlainan dari faktor-faktor yang dikatakan boleh mewujudkan kegemukan diperingkat bayi. Kanak-kanak yang membesar sudah tentulah akan menggunakan lebih tenaga dalam aktiviti-aktivitinya kalau dibandingkan dengan bayi. Walaupun tabiat makan berlebihan selalu dikaitkan dengan kegemukan tidak semua kanak-kanak yang gemuk mempunyai tabiat sedemikian.

Penyelidikan menunjukkan tidak ada perbezaan diantara jumlah kalori dari makanan diantara kanak-kanak yang gemuk dengan kanak-kanak yang sederhana saiznya. Sebaliknya ada pula pakar-pakar yang mengatakan bahawa kanak-kanak yang selalu duduk dan tidak menjalankan latihan jasmani mudah menjadi gemuk. Ini juga dinafikan oleh beberapa penyelidikan. Kalau tidak kerana lebih makan atau kurang aktiviti mungkinkah kegemukan seseorang kanak-kanak itu berpunca dari kadar metabolismanya, atau bersangkut-paut dengan unsur genetiknya?

Ada satu pendapat yang menarik yang dikemukakan oleh seorang ahli penyelidik bernama Jung. Beliau mengatakan metabolisma tisu lemak (brown adipose tissue) dikalangan kanak-kanak yang gemuk adalah lebih rendah kalau dibandingkan dengan yang terdapat pada kanak-kanak yang sederhana timbangannya atau kurus. Pendeknya walaupun seseorang kanak-kanak itu mendapat jumlah kalori seharian yang sederhana banyak jika metabolisma lemaknya terlampau tinggi dia akan sukar menjadi gemuk. Sebaliknya jika metabolisma lemaknya terlalu rendah yang mengakibatkan tidak banyak kaloro yang hilang, badanya akan menjadi gemuk. Kalau betul teori yang dicadangkan oleh Jung ini, dan kalau satu bahan kimia yang boleh meninggikan metabolisma 'brown fat' ini dapat dikenalpasti, ia akan memudahkan usaha para doktor merawat kanak-kanak yang gemuk.

Kanak -kanak yang banyak makan dan jarang membuat latihan atau aktiviti jasmani dan sebaliknya menghabiskan banyak masanya dengan menonton televisyen , dia akan mudah menjadi gemuk. Kanak -kanak yang cacat yang tidak boleh berjalan dan terpaksa dengan menggunakan kerusi roda juga mudah menjadi gemuk. Makanan -makanan yang mengandungi karbohaidrat seperti nasi dan ubi jika di makan dengan banyaknya juga boleh membawa kepada kegemukan. Gula -gula , coklat , kuih -muih yang manis dan aiskrim jika di makan dengan banyak turut boleh membawa kepada kegemukan.

Unsur baka juga adalah penting dalam menentukan kegemukan di kalangan kanak -kanak. Jika ibu dan bapanya gemuk besar kemungkinannya kanak -kanak dalam keluarga itu mungkin juga mengalami masalah yang sama.

Kanak -kanak yang gemuk selalunya tinggi bagi umurnya tetapi kanak -kanak gemuk yang pendek kalau dibanding dengan kanak -kanak seumur dengannya , perlu disiasat , untuk menentukan samaada punca kegemukannya itu ada berkaitan dengan unsur kekurangan bahan hormon ' thyroid ' ( hypothyroidism ). Ini akan memerlukan rawatan hormon. Ada beberapa syndrome yang digelar Prader- Willi syndrom , ' Klinefelter ' s Syndrome dan ' Laurence- Moon - Piedl Syndrome ' yang boleh membawa kepada kegemukan dan ini biasanya boleh dikenalpasti oleh doktor -doktor. Sindrom -sindrom ini memerlukan rawatan yang berlainan.

Seperti merawat bayi -bayi gemuk rawatan bagi kanak -kanak dan remaja yang gemuk juga mempunyai matlamat untuk mengawasi timbang berat dan bukannya untuk menurunkan timbang beratnya. Walau apa sahaja pun punca kegemukan yang difikirkan rawatan masih juga ditumpukan kepada mengurangkan jumlah kalori yang diberikan setiap hari melalui makanan kepada kanak -kanak gemuk. Ada tiga keperluan yang asas yang perlu diambil kira dalam usaha merawat kegemukan. Pertama ialah motivasi , kedua mengurangkan kalori melalui makanan dan ketiga melebihkan aktiviti jasmani.

Motivasi tidak mudah disemai didalam fikiran kanak -kanak yang gemuk. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan anak -anak mereka supaya kurang makan. Selalu didapati keadaan dimana ibu atau bapa yang sendirinya menghadapi masalah untuk mengurangkan timbang beratnya. Mereka sendiri mungkin berasa kurang yakin yang usaha untuk mengurangkan timbang berat anaknya akan berhasil.

Mengurangkan jumlah kalori yang didapati setiap hari melalui makanan adalah sangat penting . Kanak -kanak sendiri mestilah mengetahui jenis -jenis makanan yang terlalu tinggi dalam nilai kalorinya supaya mereka sendiri dapat menjaga diri sendiri daripada menjadi gemuk. Adalah di sarankan supaya bahan -bahan makanan seperti mentega , minuman manis dan lain -lain bahan karbohidrat dikurangkan untuk kanak -kanak ini. Mengawasi makanan kanak -kanak dibawah usia lima tahun mungkin lebih mudah kerana ibu bapa sendiri lebih kuat pengaruhnya keatas anak -anak mereka. Tetapi apabila usia kanak -kanak meningkat lebih daripada enam tahun ini mungkin lebih sukar lagi. Kita biasa mendapati konflik diantara ibu bapa dan kanak -kanak setiap kali perkara makan ini timbul

Corak hidup kanak -kanak mesti diambil kira , iaitu bukan hanya riwayat pemakanan dalam tempoh 24 jam di teliti tetapi aktiviti jasmaninya juga perlu diambil kira. Kanak -kanak yang selalu kerap tidur pada waktu siang atau menonton televisyen dirumah perlu digalakkan bergaul dengan kanak -kanak lain yang bermain dipadang bola atau digelanggang badminton dan sebagainya. Aktiviti -aktiviti seperti renang juga sangat -sangat digalakkan.

Adalah penting diingat bahawa rawatan kanak -kanak yang gemuk mesti menyeluruh merangkumi kesemua aspek yang dibincangkan. Bagi kanak -kanak yang terlampau gemuk diet atau pemakanan yang membekal hanya 60 peratus daripada jumlah kalori yang disarankan bagi usia kanak -kanak itu jika diberi setiap hari ,biasanya akan mengurangkan timbang berat kanak -kanak itu. Bekalan bitamin dan zat besi mesti diberi untuk menampung keperluan kanak -kanak itu. Nasihat dari seseorang ' dietician ' boleh didapatkan untuk membantu dalam usaha ini. Walaupun timbang berat kanak -kanak biasanya turun dengan usaha ini , kebanyakan kanak -kanak menghadapi sukar untuk meneruskan cara rawatan sebegini dengan lamanya.

Apakah bahayanya kegemukan dikalangan kanak -kanak dan remaja ?
Kegemukan jika berterusan keperingkat dewasa boleh membawa masalah seperti kencing manis , darah tinggi , penyakit jantung dan juga masalah sendi -sendi seperti osteoarthritis.
Kegemukan juga boleh membawa kepada emosi. Apabila kanak - kanak mula menempuh alam remaja , perasaan kurang yakin pada dirinya , dan perasaan rendah diri boleh menganggu pergaulan dan membawa kepada kesepian dan perasaan hiba. Prestasi di sekolah boleh merosot. Semua ini mungkin membawa kepada kanak - kanak ini suka berseorangan dan ini pula akan membawa kepada kegemukan yang berterusan dan bertambah.

Last Updated (Monday, 27 November 2006 10:43) Laman Web Hamid Arshat

p/s: kita kena cegah kegemukkan bayi kita daripada awal untuk elakkan penyakit yang tidak diingini.. lebih baik sekiranya perkembangan/pertumbuhan bayi sejajar dengan graf yang disertakan dalam buku kesihatan anak2 kita tu.. itu lah yang sebaiknye.. ada sesetengah ibu bapa suka kalu anak2 gemuk, chubby, tembam.. hakikatnya, kita tak tau apa yang anak2 kita rasa.. renung2kan..

week 2 - day 1

kalu ikutkan, dilla cakap kena gap 3 hari, then continue balik detox.. tapi umy tergap 6 hari, huhu.. tak terdaya nk detox lagi.. ari ni, umy cuba ye.. :)

menu of da day.. (fruits)
6.30am -250ml H2O
breakfast - beberapa biji anggur seedless, 1 biji epal merah, 1 mangkuk bihun sup, 250ml barli suam..
lunch - 1 slice honeydew, 1 slice tembikai merah
minum petang - kudap2 kerepek pisang+kerepek ubi
malam - cekodok 2 biji
____________________________
H2O = 2liter

p/s: asalnye nak makan buah je ari ni, tetiba meloya je tekak.. makan jugak la bihun sup masa breakfast.. huhu