Thursday, July 8, 2010

mana gigi shaye?

Salam...
Macam dalam entry milestone dhia utk 1 tahun 2 bulan, umy ade bgtau dhia dah kenal gigi, hidung, telinga daa.. ekekeke.. cepat betul dhia belajar.. dhia jugak paham kalu umy guna words dalam english.. dhia paham ape yang umy maksudkan.. alhamdulillah.. sekarang ni babah slalu pasang video mengenal huruf jawi.. dhia pon suka bia pon dah beratus kali diulang2.. moga2 tersemat dalam minda dan hati dhia..

ni selingan dari dhia.. ekekeke


Wednesday, July 7, 2010

dancing.

dhia da pandai menari da bila dengar lagu.. ekekeke.. jom layan..




tag lagi..

~Tag from DUNIA KECILKU~

tapi umy ditag oleh farina... dr blog My Family Heaven..

syarat 1= mesti menggunakan huruf pertama dari blog anda
G = G.U.L.A & G.A.R.A.M
syarat 2 = jawapan x ley berulang.. susah jugak tu.. jom try..

1. Nama anda :
Geng2 panggil umy tasha jek.. nama penuh Nadzatul Nattassha Mustapa Kamal..

2. Perkataan 4 huruf:
Geli..

3. Nama budak laki:
Gusti Perwira.. aikkk.. macam kenal jek nama neh... hahaha

4. Nama budak perempuan :
Ghaniah - yang cantik secara semulajadi

5. Pekerjaan :
Gali lubang kuborrr...

6. Warna :
Gingga ke jingga...??? haha

7. Sesuatu yang anda pakai :
G-String... wahahaha..

8. Makanan :
Goreng Pisang..

9. Sesuatu yang boleh dijumpai di tandas :
Gunting... nak potong janggut... hehehe

10. Tempat :
Guyana... nih trader slalu import spesies dr negara ni...

11. Alasan bila terlewat
Gerammmm... Trafik jem !!!

12. Sesuatu yang anda jeritkan :
Gemoknye aku !!!!

13. Tajuk filem :
Gun & Roses... Filem ke nih??? wahahaha..

14. Minuman :
Gasoline.. buleh minum ke??

15. Kumpulan muzik :
Geng Bas Sekolah... buleh terima ke??

16. Haiwan :
Gorila..

17. Nama jalan :
Gottlieb Road, Penang.. betoi ka eja nih???

18. Jenis kereta :
Germany.. ade ke keta buatan germany? hahaha

19. mereka yg bakal di tag :
shima@ibu licha
ieda@ibu arissa
hani@mami nawfal
nae@ibu harraz
wanie@ibu mia
ct@ibu zafran
ayu@ibu OR/OZ kalu belum deliver.. hokey

Monday, July 5, 2010

kucing jejaskan kehamilan..??


=========
Kucing Jejas Kehamilan

Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kandungan. Ia berkait dengan sejenis parasit iaitu protozoa Toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan tanah.

Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui - toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada bayi di alam kandungan.

Ibu yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing. Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak dengan sempurna.

Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya.

Apabila ibu dijangkiti dalam trimester (kehamilan berusia tiga bulan) pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.

Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.

Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru- paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.

Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.

Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini.

Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosentesis dan ultrasound dilakukan untuk memastikan sama ada bayi dalam kandungan juga telah dijangkiti.

Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala-gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan. Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan.

Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.

Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar bayi-bayi yang tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan tidak akan tercicir daripada menerima rawatan khusus, jika mereka sebenarnya juga telah dijangkiti.

Ini kerana mereka mungkin dianggap sihat sehinggalah mereka mendapat jangkitan mata dan sebagainya setelah berusia beberapa bulan mahu pun beberapa tahun selepas dilahirkan.

Oleh kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya:

* Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan
* Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak
* Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
* Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.

Sebaik-baiknya, elakkanlah daripada membela kucing semasa mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah berhati-hati dan mempraktikkan langkah-langkah pencegahan seperti di atas agar risiko jangkitan berada pada tahap minimum.

Sunday, June 27, 2010

chocolate meringue tower

wahahaha... akhirnye terjadik juga chocolate meringue tower umy nih.. dah lama umy dok usha2 kat blog kak rox ni.. hehehe.. resepi pon dari dia jugak.. buleh amik kat sini..
beza beno orang pro ngan amatur neh.. wahahaha..


p/s: umy rasa manis sikit, lain kali buat nak kena kurang gula ckit.. :)

Thursday, June 24, 2010

1 tahun 2 bulan

actually dhia dah masuk 1 tahun 2 bulan pada 17 June lepas.. tapi umy tak sempat nak tulis perkembangan dhia dalam blog ni... bz sangat umy sekarang ni.. huhu.. jom kita tengok..
  • dah tambah beberapa words baru daa.. antek = cantik, na mau = tak mau, cing = kucing, kalu tengok mende cantik, dhia akan sebut 'antekk..' dan banyak lagi yang umy tak buleh re-call la ni.. huhu
  • bila umy tanya mana kucing dalam buku, dhia akan cepat2 buka buku ABC ke huruf K ade gambo kucing.. ekeke.. gud girl.. (umy belikan buku huruf jawi & ABC..)

dhia kusyuk baca buku.. ekeke
  • kalu dhia takmo minum susu, umy cakap.. comey (kucing), amik susu dhia ni.. dia takmo minum... terus dhia buat bunyi auuuuu.... slow ngan lembut je bunyi tu.. ekeke.. konon2 nak marah kucing tu tak bagi amik laa... hahaha
  • kalu dulu, dhia nak pape atas meja mcm biskut ke, dhia akan jerit NAKKK !!! kuat2.. sambil point finger kat mende tu.. tapi, sekarang ni dhia dah pandai pi amik sendiri.. walaupon atas meja.. dhia ginjat sikit, then capai.. huhu
  • bila umy tanya mana gigi? dhia akan guna jari telunjuk letak kat gigi dia.. mana hidung? dhia akan pegang hidung... mana telinga? dhia akan jolok cari telunjuk dlm telinga... hahaha.. baru 3 mende je kenal.. kira ok laa.. dhia cepat belajar..
  • dhia da berlari aaaa.. ekekeke
  • kalu umy tanya.. sape nak shower..? dhia kelam kabut pegi capai towel dia.. kalu penghadang pintu ke dapur tu terbuka, dhia menonong pegi toilet daaa..
  • kalu umy suh buka baju nak mandi, dhia buat2 kalut nak buka baju, seluar, pampers segala.. walhal tak reti pon.. ekeke.. tapi yang penting dhia paham..
  • bila babah nak keluar, dhia da berlari ke pintu, amik kasut.. kalu dulu kasut pink dia capai, bila beli kasut putih dia amik kasut putih lak.. la ni kasut oren.. hehehe..
  • pampers masih lagi huggies biru M, tapi da nak tukar ke L da...
  • susu masih lagi Nan Pro2.. dhia banyak akai, takmo minum susu sangat la ni.. huhuhu..

dhia layan bahulu & pasta
  • rambut depan dhia dah buleh masuk mulut daaa.. rambut belakang curl sampai atas.. rambut dhia atas lurus, belakang curl.. ekeke
  • dhia tak mo kat umy da masa tido, nak tido ngan babah.. apa2 sikit sume cari babah.. umy dah tak LAKU... huhu.. umy mau adik baru la gini, baru ade teman.. ekekeke

Wednesday, June 23, 2010

kasut baru dhia..


spiderman??? ekekeke.. spiderwoman la umy...


la... spiderwoman dicabul oleh dhia.. huhu

aarrggghhh !!! shaye dah terbalik daaa... huhu..