Wednesday, July 8, 2009

lahirnya seorang serikandi...

Dhia Khadijah Sufiyyah Bt Ahmad Hadilla selamat dilahirkan pada hari Jumaat 17/04/2009, bersamaan 21 Rabiulakhir 1430H jam 10.30pm di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar... dhia dilahirkan secara normal+vacuum...

dhia dah prolonged labour 2nd stage, sebabnye lama sangat dalam saluran hampir 1 1/2jam... sedih sangat aku time tu, mana taknye, aku dah takde tenaga dan kudrat dah nak push sebabnye dah lama sangat dalam labour room, 10 jam baru bukaan 'OS' 10cm... lapar+dahaga+letih+sakit sumenye ada... nasib baik Dr pakar datang disaat2 akhir, terus dia cadangkan untuk vaccum dhia keluar... aku terus bersetuju, jam 10.25pm, Dr mula vacuum... 5 minit kemudian dhia berjaya dikeluarkan...



aku terdiam sebaik saja dhia dikeluarkan... dhia tak menangis... lepas nurse bersihkan kotoran pada badan dhia, baru la aku terdengar tangisan dhia... SYUKUR+LEGA aku rasa kerana dhia selamat... setelah berat dah ukuran dhia diambil, Dr suruh aku cium dhia buat pertama kali nya dan terus dia bawak dhia ke NICU...

dhia ditahan selama 3 hari untuk pemantauan pernafasan... dhia bernafas dengan bantuan oksigen kerana paru2 dhia lemah... sedih sangat aku tengok keadaan dhia time tu.. terasa amat bersalah sebab aku membiarkan dhia terlalu lama tersepit di saluran.. sayang, maafkan umy, bukan umy sengaja... umy dah tak berupaya masa tu... maafkan umy sayang... umy sanggup tukarkan tempat umy dengan dhia, biar laa umy yang rasa+tanggung sume penderitaan dhia... tak sanggup umy tengok badan+muka anak umy berselirat dengan wayar+tiub...

nasib baik ayu (ibu o.r) dan haniey (mummy nawfal) tenangkan umy, bagi kata2 semangat pada umy... bukan umy sengaja membiarkan dhia.. umy telah berusaha untuk lahirkan dhia... alhamdulillah, atas nasihat kawan2, umy berusaha untuk berikan dhia susu umy, moga2 dhia cepat sembuh seperti sediakala..


berkat susu umy serta keizinan dariNya serta kekuatan dalam diri dhia sendiri, dhia telah berjaya melaluinya... dhia discharged dari hospital pada hari Isnin, 20/04/2009... kita pulang ke rumah ye sayang....



No comments:

Post a Comment