Tuesday, September 29, 2009

part 1: menu dhia...

bubur nasik berlauk

salam kepada ibu, mommy, mama, umi, mak kat luar sana... memandangkan dhia dah nak masuk 5bulan 2 weeks, tasha dah start bagi solid food kat dhia walaupon tak bape nak solid.. hehe... just nak ajar dhia rasa makanan ckit2...
so, ari neh aunty tasha nak ajar masak bubur nasi untuk di sediakan utk anak2 kita.. hehe

jom tinjau !!!!
bahan2 nye adalah....

1 kelopak sawi... (batang tak boh pon takpe)
atau

1/2 batang carrot

sedikit isi ikan

atau

beberapa hirisan daging ayam

atau

beberapa hirisan daging lembu

atau

5-6 ekor ikan bilis (buang kepala/isi perot)

segenggam beras

1 cawan air

periuk untuk merebus

blender untuk memblend.. haha


cara2 nya...

1) amik beras, carrot/sawi, ikan/ikan bilis/ayam/daging, secawan air, secubit garam rebus dalam periuk sehingga betul2 empuk...
2) tambah lagi air sekiranya perlu..
3) bila dah masak masukkan dalam mangkuk, biar sejuk sebentar..
4) masuk sume bahan2 yang masak tadi dalam blender.. blend sampai halus..
5) masuk balik dalam periuk, panaskan semula... tahap kepekatan bergantung pada umur anak2 kita... kalu pekat, tambah air sikit...
6) siap di makan...
dhia sangat suka makan bubur umy masak.. shedaapppp !!!

2 comments: