Monday, October 19, 2009

7 hari diet.. jom cuba..

Dalam seminggu ada 7 hari, jom cuba diet 7 hari ini. Mulakan dengan hari isnin yer..

Hari pertama Isnin.
>>Makanlah semua jenis buah,kecuali buah pisang. Untuk minuman pulak pilihlah yang sihat dan semulajadi. Hindari minuman bikarbonat atau yang bergula tinggi. Jus tembikai rendah kalori adalah pilihan yang paling tepat.dan boleh diambil dengan kerap. Selain itu hari ni anda boleh ambil sup untuk menghilangkan rasa lapar.

Hari kedua selasa.
>>Hari ni anda makan sayur ajer, ambil lah sayur kesukaan anda kecuali kacang pis dan jagung. kacang panggang dan seumpamanya boleh. Makanlah sayur sehingga puas dan kenyang. Kentang putar boleh dimakan dalam semangkuk dah memadai. jangan amik mentega dan mayonis semasa makan sayur.

Hari ketiga Rabu.
>>Gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi tidak perlu kentang putar untuk hari ketiga. Jika anda betul-betul mengamalkan diet, anda sebenarnya dah turun kg dah ni.

Hari keempat Khamis.
>>Anda dah boleh makan buah pisang dan susu skim hari ni. Sebaiknya makan 3 biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang anda mampu. Hari ini sebenarnya hari yang paling sukar dalam pusingan diet anda. Apa pun cubalah, pisang kaya dengan kalori, karbohidrat dan potassium yang diperlukan tubuh. Protien dan kalsium yang datang dengan susu pula boleh mengurangkan semangat yang tidak cergas. Boleh amik sup hari ni. sup ayam ke sup cendawan ke, boleh amik semangkuk.

Hari kelima Jumaat.
>>Tibalah hari untuk makan lauk. Hari ni anda boleh makan ayam atau ikan. Tetapi makan lah ayam bakar dan salad hari, dan semangkuk sup. Kalau boleh makan tomato mentah setiap kali anda terasa lapar. Tomato membantu mencernakan protein dan mencuci pembinaan asid urik.

Hari keenam Sabtu.
>>Anda boleh makan daging hari, ni tapi bukan dengan nasi... tau jangan salah paham pulak, makan daging dengan sayur makan daging baik untuk jantung. lengkapkan dengan semangkuk sup.

Hari ketujuh Ahad.
>>Boleh makan nasi..... pilih beras perang untuk masa nasi. minum jus kurang manis, banyak kan sayur, satu jenis lauk kesukaan dan semangkuk sup. makan buah-buahan jika rasa lapar.

Ulangi diet ini sehingga dapat berat yang anda ingini.


No comments:

Post a Comment