Monday, October 19, 2009

Diet vs Tidur

Betapa pentingnya tidur.

Kualiti tidur memberi impak yang besar dalam kehidupan kita. Tidur yang tidak cukup boleh menggangu kualiti kerja, penumpuan dan kebolehan berinteraksi dengan orang lain. Semasa tidur kita merehatkan fizikal dan mental kita dan membolehkan kita berasa lebih segar dan peka di waktu pagi.

Banyak fakta berkenaan dengan diet boleh mempengaruhi tidur kita. Antaranya:

> Makan terlalu banyak dan terlalu sedikit boleh menganggu tidur. Sebab itu digalakkan minum susu atau coklat sebelum tidur, sebaliknya kalau kita mengambil makanan berat atau junk food akan melemahkan badan dan menambah berat badan.

> kafein juga semestinya sangat menggangu tidur, tak kira apa jenis kafein dalam kopi atau kek ia tetap mengangu tidur kita. kajian menunjukkan kebanyakan di kalalngan dewasa yang ada masalah tidur telah mengambil kafein dengan kadar yang tinggi. kalau anda sensitif dengan kafein, jangam ambil waktu tengahari dan petang.

> Lupakan makanan berlemak, kalau anda makan makanan berlemak tinggi seperti ayam goreng dan steak atau mee goreng mamak di waktu malam, anda akan mengalami kesukaran menghadam dan berkemungkinan sakit perut, kesukaran bernafas dan sudah pasti anda tak lena tidur.

> kepada anda yang dah confirm ada masalah pedih ulu hati, jangan biarkan perut kosong sebaiknya makanlah sedikit. Ini adalah kerana, tidur dalam keadaan perut kosong mengalakkan asid dan jus gastric untuk naik ke esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati dan menganggu tidur.

> susu dan madu dapat membantu kita tidur. Terdapat banyak ingredient dalam susu dan madu yang boleh meransang kita tidur. Sebaiknya minum segelas susu yang dicampur dengan satu sudu madu asli, dan sedikit saja gula biasa, maka minumlah jika sukar tidur. Insyaallah boleh tidur nanti.

No comments:

Post a Comment