6.15pm - adik fizi call huby gtau ndak kena scan.. so, sampai ja kat GH, kami tercari2 bhgn CT Scan.. tetiba nampak ndak di tolak dlm strecher ke wad kecemasan (Otak).. kami tanya ayah ndak, nape ngn ndak...? dia bgtau ade ketumbuhan (tumor otak) dalam kepala ndak.. kami sume kaget..
6.50pm - doc pelatih suruh kami bincang ngn ahli keluarga dan decide samada nak operate atau tak.. huby call kakak dia (doktor) dan tanya pendapat.. kak chaq suh operate ja.. sume setuju untuk operate je ndak.. moga2 ada harapan dia untuk sembuh... tapi aku risau, sebab banyak kes yang melibatkan pembedahan otak, akan kecundang di meja pembedahan...
7.00pm - Doktor pakar panggil kami sume, untuk terangkan situasi sebenar keadaan ndak.. kata doktor ketumbuhan tersebut berada di sebelah otak kiri ndak dan telah menolak otak kiri ke sebelah kanan. ketumbuhan bersaiz 6cm X 4cm lebih kurang sebesar bola tennis kata doktor tu lagi.. sekiranya pembedahan dilakukan akan ada risiko2 nya..
- jangkamasa pembedahan 6-8jam
- saraf yang melibatkan saluran pernafasan telah terhimpit, menyebabkan kesukaran untuk bernafas.
- akan berlaku tumpah darah kerana melibatkan banyak saraf. keperluan bekalan darah at least 7-8 paket...
- kejayaan pembedahan 50-50.. kerana ketumbuhan terlalu besar.
- selepas pembedahan, bahagian ketumbuhan yang berhampiran selaput akan di buang, terpaksa ganti selaput paslu. kos dalam rm 3.5k..
- oleh kerana ketumbuhan berada di sebelah otak kiri, sebelah anggota badan kanan akan paralyse selama2nya..
- pertuturan akan terjejas.. mungkin tak boleh bercakap...
- daya ingatan/ memori akan hilang...
- kena ada seorang penjaga yang akan menjaga ndak 24jam... (makan, minum, lap badan, tukar pampers, alih2kan badan)
aku keluar dari unit kecemasan dan call kak chaq sekali lagi... bagitau situasi sebenar dan bertanyakan pendapat dia... kak chaq jugak terkejut.. mula2 dia ingat ketumbuhan tu kecik saja, sebab tu dia cadangkan untuk operate. tapi tak sangka dah serius... sebab ndak tak penah sakit.. kalu sakit kepala pon sikit2 ja, pas makan panadol lega.. tak penah pi klinik cek.. sebab tu tak tau.. kak chaq kata tak payah operate.. sebab menyiksakan ndak saja.. % kejayaan pembedahan pon tak pasti lagi...
kami sume berbincang sekali lagi... akhirnya kata putus di ambil... ayah ndak berjumpa dengan doktor pakar tu sekali lagi...
ayah ndak: "doktor, kalu doktor berada ditempat saya, apa yang akan doktor buat..?"
doktor pakar: "saya akan bawak mak saya balik. kalu di bedah sekali pon, akan menyiksa dia.. kalu berjaya sekali pon, penjagaan kemudian hari perlu diambil perhatian yang serius. kalu pesakit berumur 20-30tahun, saya cadangkan untuk di bedah. tapi sekiranya 50 tahun ke atas, saya tak cadangkan untuk jalani pembedahan..."
ayah ndak: " kalau macam tu, kami bercadang nak bawak balik saja isteri saya, doktor.."
doktor pakar: "itu lah yang sebaiknya.."
lepas keputusan di buat, kami segera balik ke rumah untuk menyiapkan tempat untuk ndak tido dan dek tina call sedara mara bagitau pasal mak dia..
8.15pm - aku, wani, dek tina & eton terus ke umah pengasuh untuk amik dhia... pastu terus ke umah ndak... huby pulak bawak adik fizi dan sorang doktor ke hosp. balik balik untuk amik report dan settle kan sume2 yang berkaitan.. huby terus balik ke rumah amik MIL...
11.30pm - kesian dhia letih...bertolak balik dr telok kumbar ke balik pulau..
p/s: progress ndak - tiada perubahan... bernafas kuat, tidak makan/minum...
8.30am - dek tina call huby, bgtau ayah ndak pulak pengsan... adusss... ape pulak kali nih..? huby bgtau aku, dia nak pi tengok dulu keadaan ayah ndak.. apa2 nanti dia akan balik amik aku dgn MIL...
(niat aku ari ni nak buat induction atkins diet.. tp takde bahan yang buleh aku makan kalu aku nak start ari ni.. belum lagi sempat nk membeli barang2 dapur.. terpaksa la makan apa yang ada.. huhu - induction tak jadik)
2.30pm - pi umah ndak. ayah ndak dah sedar... dia tak tido 2 malam berturut, makan tak menentu, ade sakit jantung, asma.. mungkin letih sangat kot.. tu yg pengsan.. ramai yang melawat ndak ari ni..
8.30pm - kami bertolak balik ke rumah, singgah kat azlan tomyam.. makan dulu.. huhu.. lapar.. kat umah orang sakit, mana nak cari mende makan.. huhu.. kak cahq call nak balik dr KL.. MIL punya la excited.. nak masakkan nasi lemak untuk bekfas esok.. last2 kak chaq bgtau tido umah mertua dia.. huhu
10.00pm - adik fizi call huby, gtau dek tina dan chik (adik MIL) kena hantu... adesss... ape pulak kali ni... huby nk pi tengok... dlm hati aku dah rasa emacam... sebab MIL dok cakap besar dalam keta tadi.. tp aku pendam kan.. sampai2 je umah, huby terus ke teluk kumbar balik nak tengok apa yang jadik.. aku letak dhia dalam buai, bia dia main sorang2.. MIL naik atas nak tukar baju.. tetiba... aku terdengar ade menda jatuh atas bumbung dapur... terkejut aku.. pastu MIL menjerit dari atas,
MIL: "tasha!! tasha!!"
aku: " ya mama..."
MIL: "tasha kat bawah ka..?" terus MIL turun tangga..
aku: "nape mama..?"
MIL: "dalam bilik mama, ada benda... mama ingat tasha kat atas.."
terkejut aku... tak semena2 mulut ni menjerit ALLAH..ALLAHHH... aku terus capai hp nak call huby...
MIL: "tak payah call hadi, kesian kat dia nak ulang alik..."
aku: "tak pa, kena call jugak.. kat sana ramai lelaki, depa leh jaga dek tina ngn chik.. kita ni tak dak sapa. nak mintak tolong abg chik pon dia kat sana jugak.."
MIL: "tadi mama dengar mcm bunyi itik, pastu mama dengar ada orang mengeliat dalam bilik tasha. mama ingat tasha dah naik atas.. pastu mama kata la, "aku Tuhan bagi jadi, hang pon Tuhan bagi jadi. aku tak kacau hang, hang jangan kacau aku..aku tak takut dekat hang" - ayat MIL suka kata, bagi aku macam cakap besar.. sebab dia bercakap dengan gaya sekali..
aku bukan ape.. risau kalu MIL kena sampuk.. kalu dia kena, abis dia balik kerusi sume.. tu yang aku risau.. kalu aku sorang leh gak nak lari selamatkan diri.. nih ngn dhia lagi.. terus aku call huby suh balik.. gtau ade mende kat umah.. sampai2 je huby kat umah terus dia naik atas. azankan ruang atas..
11.30pm - ntah la ape dah jadik kat sana.. pastu kami tido..
p/s: progress ndak - ada sikit perubahan... bernafas kuat, da boleh minum... belum kenal orang.. tak leh bercakap.. hanya buleh mengangguk bila di tanya...
9.00am - huby pi mengurut tangan.. pastu kul 11 nak pi kenduri orang nak pi Mekah. MIL tak jadik buat nasik lemak, kak chaq tak tido sini.. huhu.. kalu tak dapat la aku bekfas nasi lemak ari nii.. huhu.. kak chaq call MIL tanya nak pi pukul bape.. MIL dah sibuk2 nak pi dah umah ndak.. huby belum balik.. MIL nak pi naik teksi... ada ka patut.. sabar laa.. kejap lagi hadi balik laa..
10.00am - huby balik, suh siap pi umah ndak.. tak jadik pi kenduri..
sampai2 umah ndak, tengok dek tina letih jaa.. banyak betul dugaan... rupa2nya semalam dek tina ngn chik pengsan.. depa pulak kena sampuk.. dek tina sorang, 7 lelaki tak leh pegang dia.. abes sume dia terajang.. huhu.. dahsyat..
so pendekkan cite.., ade la bomoh mane ntah dtg nak berubat..
umah ndak memang seram, esp. kalu kat dapur.. huhu.. sebelum kejadian ari sabtu dek tina pi amik bunga kantan belakang umah (tempat hantu lepak).. kaki dia terpijak kaca..
pagi td, chik mai terus ke belakang.. dia kata "amboi, banyak nya bunga kantan.. elok2.."
padahal bunga kantan takde dah.. dek tina dah amik smp abes..
3.00pm - tok mak (tok huby) tanya aku, "anak sape yang nanges tu..?" padahal tokmak ni tak telinga dia kurang dengar.. kena cakap kuat.. camne leh dengar ape yg aku tak dengar...
aku tengok anak aku, anak sepupu, tak de lak yang nanges.. "takdak sapa nanges pon tok mak.."
"anak sapa nanges tu..?" dia ulang lagi... aku terkejut.. aku jawab..."bunyi burung kot tok mak.." pandai aku kaber line.. huhu
7.00pm - "apa kat luar tu..?" ndak tanya... padahal pintu dah tutup rapat... sume pandang antara satu sama lain...
7.45pm - sume solat berjemaah bersama2.. aku jagakan dhia ngn anak buah yang lain.. tetiba..
kimi anak kak chaq umur 5 tahun tanya aku.."maksu, sapa nanges tu..?"
terkejut aku.. aku fokuskan pendegaran aku.. takde pon.. "takde pon kimi, kat mana kimi dengar..?"
"kat bilik ni.." dia tunjuk bilik belakang aku... aku tanya dia.. "suara org besar ke budak2..?"
dia angkat bahu tanda tak tahu... aku tambah lagi..."bunyi burung kot kimi, tok ndak bela burung kat luar.." aku kaber line lagi.. huhu
pastu sume buat solat hajat dan bacaan yassin bersama2.. mohon Allah s.w.t lindungi daripada gangguan makhluk halus dan sembuhkan ndak.. insyaAllah..
8.30pm - time sume bersolat isyak berjemaah.. ndak yang sakit tu kata..."2 ekoq ni memang jahat.. suka kacau orang.." sambil tangan dia tunjuk ke arah sesuatu.. MIL ngn wani pun suh ndak mengucap.. ingat Allah s.w.t..
8.45pm - sume bertolak balik.. moga2 takde apa yang berlaku dah malam ni..
p/s: progress ndak - banyak perubahan... da boleh minum+makan bubur... dah kenal orang.. dah boleh bercakap.. dah ingat nama anak2.. alhamdulillah..
ades...tetiba seram plak...
ReplyDeletetu aaa nae... 2-2 seram... huhu
ReplyDelete