2) Epal: mengandungi bahan kimia dipanggil 'pectin' yang juga boleh didapati dalam buah beri dan buahan segar lain.
3) Kacang soya: mengandungi lecitin yang mampu menghalang pembentukan lemak.
4) Buahan sitrus seperti oren, anggur dan lemon: mengandungi vitamin C serta dikenali sebagaiasid ascorbik yang berfungsi untuk membakar lemak dan menghalang pembentukan lemak.
5) Asparagus: mengandungi kimia 'asparagin'. Ia sejenis 'alkaloid' yang membantu kitaran dan mempertingkatkan fungsi buah pinggang.
6) Tauge: sayuran yang mengandungi banyak khasiatnya terutama vitamin C dan kaya dengan protein yang membantu mempertingkatkan sistem metabolisme.
7) Lobak merah: mengandungi karotina iaitu sejenis vitamin A yang mana membantu membersihkan sistem penghadaman dalam badan dan membuang sisa lemak dengan cepat.
8) Seleri: mengandungi kalsium dan mempunyai tahap magnesium tinggi.
9) Timun: mengandungi sulfur dan silikon. Juga untuk kebaikan buah pinggang untuk membersihkan asid urik.
10) Tomato: tinggi vitamin C dan asid citricmalic-oxalic yang mana ia mempercepatkan proses metabolik. Untuk kebaikan buah pinggang juga, asid berkenaan membantu seseorang membuang air berlebihan
11) Oat: membantu membersihkan organ dalam badan kerana mengandungi sulfur dan iodin. Ia juga membantu membersihkan membran dalam perut dan intestin.
12) Kubis: makanan terbaik yang membantu mengurangkan lemak.
13) Teh hijau: mengandungi kafein yang boleh mengurangkan tahap 'plasma triglycerides' dan membakar lemak.
14) Bawang merah: mengandungi mineral seperti minyak dan sulfur yang membantu untuk memecahkan lemak dan meningkatkan metabolisme badan.
Sumber : Berita Harian (Isnin, 30/03/2009)
No comments:
Post a Comment