Sebenarnya kalau nak ikutkan rakyat Amarika lebih banyak obese daripada kita, tapi sebenarnya diorang amik masa juga untuk obese tapi rakyat Malaysia terutamanya wanita lagi cepat mencapai tahap obese berbanding rakyat Amarika.
Agaknya kenapa wanita lebih cepat mengumpul lemak cepat daripada lelaki, ini adalah kerana lelaki mempunyai banyak otot didalam tubuhnya berbanding wanita. Ini adalah kerana otot-otot yang dibina inilah membolehkan ia membakar lemak berlebihan jadi kita susah nak naik berat badan.
Berdasarkan survey The III National Morbidity 2006 memang menunjukkan wanita mempunyai prevalens obesiti yang lebih tinggi (17.4%) berbanding lelaki (10%).
Jadi kita sebagai seorang yang bergelar wanita haruslah sentiasa mengambil inisiatif untuk cuba mengawal berat badan,bukan saja untuk cantik tapi untuk sihat.Kita semua tak dapat mengelak , sebab bila kita gemuk banyak penyakit yang datang.
Selain itu ,kadar obesiti dikalangan wanita melayu dan india lebih tinggi berbanding kaum cina , Ini semua disebabkan pemakanan, kaum cina banyak mengamalkan sup berbanding kaum melayu dan india yang banyak masak bergoreng-goreng, bersantan dan manis-manis.
Apa yang peliknya, terbalik pula,di kalangan lelaki kaum cina paling tinggi kadar obesitinya berbanding kaum melayu dan india, ini adalah kerana kebanyakan kaum cina ada mengambil wine dan alkohol yang tinggi.
Jadi inilah trend obesiti zaman sekarang di negara kita ni.Jadi kita seharusnya berhati-hati dan amalkan gaya hidup sihat.

No comments:
Post a Comment