Monday, October 19, 2009

Diet Mudah & Ringkas



Sebenarnya ramai di antara kita yang dah kurus takut kalau berat badan naik semula, dan kalau nak menten diet berterusan punyalah susah, apalagi corak pemakanan orang Malaysia disamping makanan Malaysia yang sedap-sedap...
sebenarnya boleh kalau kita mahu berubah ,kita boleh tentukan diet kita sendiri dan diet keluarga kita.

Pertama sekali jadikan Ikan,tauhu,nasi,sayur-sayuran sebagai makanan utama kita. Elakkan makan daging lembu, kambing atau ayam. kalau boleh semua makanan berdaging cukuplah makan semasa perayaan sahaja. Diet ini dapat melatih perut kita dan metabolisma kita akan berada di tahap tinggi.

Kedua, saiz makanan mestilah kecil, jangan makan nasi berlebih-lebihan memadailah dalam portion yang kecil, elakkan makan bertambah-tambah. makan dengan disiplin, iaitu dengan perlahan dan jangan gelojoh ketika makan. Mulakan makan dengan segelas air dulu.

Ketiga, amalkan minum sup, anda boleh masak sup kegemaran dan jadikan ia sajian utama. Sup sangat berkhasiat dan memudahkan penghadaman kita.

Keempat, kita semestinya bersederhana dalam bab makan dan memasak, tak perlulah masak lauk yang hebat-hebat atau beria-ia nak ikut resepi chef popular dimana yang mudaratnya kene pada kita. sebab itu seperti perkara pertama tadi kita elok pilih lauk-lauk ikan yang simple dan banyakkan hidangan sayur.

Kelima, sebaiknya kalau diberi pilihan antara nasi dan roti lebih baik kita makan nasi, nasi lebih beerkhasiat dan mengenyangkan. Maka apabila kita amalkan nasi kita lebih bertenaga.

Kita kalau teringin nak makan bende-bende yang sedap eloklah berkongsi dengan rakan dan jamahlah dalam kuantiti yang sedikit, contohnya kalau ke kedai kek, kongsi -kongsilah sepotong kek tu dengan kawan-kawan, sama juga dengan makanan-makanan lain.
(sape nak pi makan tu ajak la saya..saya leh tolong abeskan.. hehe)

Untuk maintain berat badan kita seharusnya makan hingga 80% kenyang supaya badan kita tak menajdi berat dan susah nak bergerak.

Selain itu, kalau boleh amalkan berjalan kemana saja, kurangkan menaiki kereta, ini adalah satu senaman yang baik untuk kesihatan.

Antara hidangan sayur yang amat sesuai kita masukkan dalam diet seharian kita adalah lada benggala merah, lada benggala hijau, kacang hijau, terung, bawang, tomato, kobis, lobak merah, bayam, pucuk rebung, akar teratai, cendawan shitake, kentang manis dan rumpai laut.
Bermacam hidangan boleh kita cuba sebenarnya. (akan update resepi nih.. dah try..)

Ikan seperti salmon, tuna, makerel dan sardin adalah sumber penting asid lemak omega-3 yang dikenali kerana manfaat kesihatannya untuk jantung.

Oleh itu jika pemakanan kita sihat insyaallah, kita boleh maintain berat badan kita ke tahap ideal tanpa perlu bersusah payah.

No comments:

Post a Comment